Tuesday, October 12, 2010

Memory ikan kembung masak kicap

Tak habis-habis lagi, aku mengingati memori bersama adik .Seingat aku adik amat mengemari ikan kembung masak kicap. Biarpun aku redha dengan pemergian dia, setiap detik bersama amat berharga dan masih segar dalam ingatan aku.

Setiap kali ikan kembung masak kicap inilah yang membuat aku terbuai kisah 6 tahun lalu.Masa memang terlalu pantas berlalu. Aku rasakan macam semalam je aku baru berjumpa adik buat kali terakhir di hujung tangga pejabat lama aku.

Kalau aku berkunjungan ke rumah dia, pastinya lauk ikan kembung masak kicap inilah lauk wajib yang dihidangkan. Aku tak kisah, lauk apa pun janji yang menerima kunjungan aku tu ikhlas menyambut aku sebagai tetamu. Itu yang aku rasa lebih penting, dari segala-galanya.

Oleh kerana semalam aku masak lauk kegemaran adik, tak lupa aku titipkan resepi yang paling senang untuk korang.






1) 2 Bawang besar kuning, 3 biji bawang putih, halia 1/2 inci dihiris halus.
2)Sedikit bunga lawang ngan kayu manis
3)serbuk lada hitam
4)3 biji cili besar dan 4 biji cili api dibelah dua.





Tumis semua bahan hiris sampai naik bau. Kemudian bubuh kicap kipas udang bersama sedikit sos tiram. Tambah air sedikit, kalau nak kuah yang banyak. Biar kuah mendidih, lepas tu bolehlah letakkan ikan kembung goreng.Kacau sekejap, dan terus angkat.




Inilah dia ikan kembung masak kicap kegemaran adik.


Selain dari ikan kembung kicap ni, aku goreng sayur kacang panjang.




Cili kering dimesin kering.




1)Kacang panjang dipotong serong
2)4 biji bawang merah kecil dihiris
3)sedikit ikan bilis
4)sedikit sos tiram





Goreng kacang panjang ni best.

Cara mengoreng macam biasa. Idea menulis tiba-tiba terbantut mengingatkan dalam tv semalam , menyiarkan wartawan tengah bertanya soalan pada mangsa kemalangan. Nasib baiklah aku bukan mangsa tu.


Senyum tapir : Mesti wartawan tu tanya soalan cepu emas pada saudara mangsa kemalangan yang meninggal dunia. Ada perubahan apa-apa tak? pada mangsa yang meninggal dunia sebelum berlakunya kemalangan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina