Cindarella kau anonymous
Ini rumah aku
Kau dah menceroboh
Tapi aku tak marah
Aku sayang kau
Aku tak sangka hati kau pedih
Kenapa ? kerana gambar , hati kau pedih
Hati kau pedih, sebab kau memang berhati busuk ke?oppp sorry
Atau sebab kau nak tengok gambar kau sendiri.
Aduh, kawan, aku tak marah
Tengoklah sampai kau jemu.
Aku tiada apa-apa, cuma ada blog ni
Kenapa hati gundah?
Tapi aku bangga
Hijau itu indah dan permai menjadi santapan minda kau
Aku berterima kasih sebab kau sudi menjengah rumah aku ni
Aku ada special , untuk kau
Terimalah resepi ikan kembung sambal yang tak seberapa ini.
Aku tahu kau memang tak suka masak
Selalu kau ambil catering je
Nasib baik kau jumpa blog aku
Mulai sekarang bolehlah kau mengasah minda
Maafkan aku kerana gambar A ngan gambar B membuat hati kau gundah.
Aku lupa, gambar boleh menceritakan sesuatu
Budak montel yang suka main ngan ikan.
Sayur kangkung goreng bawang putih ngan taucu
Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.
1)15 tangkai cili kering , bawang merah 3 biji dimesin
2)Sedikit perahan air asam jawa
3)2 biji bawang besar dihiris.(aku suka sangat guna bawang besar warna kuning, wangi sedikit kalau nak dibandingkan ngan yang merah.)
Kalau nak sambal yang sedap tumis cili sampai pecah minyak dan naik bau.Lepas tu baru masukkan air asam jawa.Bubuh gula 3 sudu, garam dan secubit perasa sebagai penambah rasa.
Last sekali bubuh bawang besar yang dah dihiris tadi..kacau sekejap, kemudian bolehlah diangkat.
Laki aku kata sambal ikan ni sedap, tapi pedas sikit.
Senyum tapir : Tak sangka sepopular Siti Nurhaliza.