Tuesday, October 5, 2010

Bakat semulajadi

Lukisan dibelon tu dilukis oleh laki aku sendiri. Bagi aku, tak semua orang dikurniakan bakat melukis. Bakat yang aku maksudkan kat sini , contohnya penyanyi, pelukis dan penulis , rasanya itu bakat semulajadi yang dikurniakan tuhan. Belajar untuk menjadi berbakat dengan berbakat semulajadi adalah satu benda yang berbeza. Perbezaan yang aku nak cuba beritahu, bakat semulajadi lebih natural nak dibanding dengan kita belajar untuk berbakat.Bagi aku seni adalah satu benda yang halus, susah untuk dipelajari, melainkan korang ada bakat semulajadi tu. Contoh yang terdekat adalah aku, cubaan aku untuk melukis sekuntum bunga ros dengan meniru satu gambar bunga ros mengambil masa beberapa jam. Bunga ros yang aku lukis memang jadi , tapi nampak kaku. Kalau nak dibandingkan dengan lukisan laki aku, dia tak payah nak meniru melalui gambar, hanya sebatang pensel melakar di atas kertas dalam masa tak sampai 30 minit. Wah aku kagum, memandang gambar tu dari jauh, terserlah sekuntum bunga ros sebenar. Satu je yang korang perlu tahu bakat dan minat kena seiringan.Mungkin korang dikurniakan bakat, tapi korang tak berminat.Bakat tu akan hilang macam tu sahaja.

Orang yang pandai melukis, kebanyakan jugak mempunyai seni untuk menghias rumah. Misalnya aku, pengubahsuaian hiasan di rumah, semua dilakukan oleh laki aku.Aku memang tak de berbakat untuk menghias rumah.Dari kajian aku lagi tapi tak 100% peratus benar, orang yang suka ke laut atau suka membela ikan dalam akuarium selalunya pandai melukis. Sila jangan percaya. Sudah banyak kali aku katakan , ini pandangan peribadi sendiri.




Tampalan di dinding tu hasil kreativiti laki aku.






Berbakat untuk duduk cara begini.










Senyum kambing : cup A ke cup B?Ada kawan perempuan aku , cup g

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina