Monday, October 4, 2010

Sepetang bersama monyet


Kisah petang semalam , selepas habis waktu bekerja. Hari tu aku ada cerita pasal monyet kat sinikan dan aku pun ada janji aku nak cerita lagi pasal tu.Hari ni aku cubalah tunaikan janji manis tu.korang jangan ketawa, kalau aku cakap ini first time aku lihat monyet secara live.terkejut aku, monyet pun cam manusia ye.Monyet ni kat hujung kampung tempat aku tinggal.Kesian dengan monyet-monyet, dah tak de tempat tinggal. Hutan semakin pupus, hutan banyak diteroka untuk dijadikan kawasan perumahan dan taman rekreasi. Tak pelah monyet, simontel akan menjaga kau sekadar termampu.Aku nak bagi tahu satu rahsia tentang diri aku, tapi tak nak korang beritahu pada orang lain.seumur hidup aku belum pernah pergi mana-mana zoo.Jangan cuba nak ketawa pulak.






Masa aku sampai ke tempat tu, ada seorang budak tengah menunggu mak dengan ayah dia berkebun kat tepi kuil India tu. Dia yang cakat mak ngan ayah dia tengah berkebun, tapi aku tak nampak pun kelibat mak ngan ayah dia.Aku tahu lagi dia cakap , mak ngan ayah dia ada kereta gak, mungkin sebab dia nampak aku tengok motor mak ayah dia kat situ.




Masa untuk Firdaus bagi monyet makan kacang goreng.monyet tu pandai kupas sendiri kulit kacang.



Tengok ada kacang kat tapak tangan simontel.tunggu monyet nak ngap.








Tengok monyet tu tengah makan kacang goreng sendiri.


Monyet tengah minum air.


Gambar dari dekat, monyet tu tengah pegang kacang goreng cap tangan.








Baju biru tu, bapa simontel, ngan simontel tengah melayan monyet.



Sebelum balik salam dulu.


Senyum kambing : Kadang-kadang bila fikir balik , melayan karenah monyet ni lagi baik dari melayan karenah manusia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina