Tuesday, October 26, 2010

Benda yang paling ajaib

Hairan bin ajaib itulah anak. Pasangan yang ada ikatan perkahwinan, semuanya mendambakan cahaya mata iaitu anak. Anak memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. keegoan , kesombangan, ketamakkan , kejahatan luntur kerana anak.



Setiap ibubapa, merasakan kelahiran anak itu satu anugerah dari tuhan yang tak boleh dinilai harganya. Lihat wajah anak, segala masaalah, penat , duka semuanya lenyap. Bagi semua ibubapa diluar sana , harta yang paling bernilai selain wang ringgit adalah anak.



Kenapa aku katakan anak itu begitu istimewa?



Semasa kecil kehidupan aku boleh dikategorikan susah. Ayah berkerja kontrak, arwah mak pula mencuci pinggan di sebuah restoran. Pendapatan ayah dan arwah emak memang tak cukup untuk menampung pendapatan keluarga. Tapi aku tak pernah merungut, apa yang dihidangkan aku makan dengan senang hati. Setakat makan nasi dengan garam tu dah perkara biasa. Bagi aku, pengalaman itulah yang dapat aku membina keyakinan diri , untuk terus mengharungi hidup yang lebih mencabar di masa akan datang.



Dari pengalaman lampau hidup susah, aku bertekad, bila aku mendapat anak selepas berkahwin nanti , aku tak nak anak aku melalui rasa kesusahan, sebagaimana yang aku lalui. Aku bersyukur, aku dikurniakan 4 orang anak. Aku beri mereka ilmu agama dan dunia secukupnya. Aku tak pernah paksa mereka mengikut telunjuk aku. Aku tanamkan dalam diri mereka, kalau nak buat sesuatu kena ada keikhlasan diri. Aku bangga , bila anak aku bercerita pada teman-temannya, dia tak pernah rasa susah masa dia kecil-kecil, tapi aku lebih lagi bangga, bila dia kata, aku sanggup berkorban untuk menyenangkan mereka. Dada aku lapang, cukuplah, walaupun dia tak merasa kesusahan hidup, at least dia tahu menghargai pengorbanan aku.


Bila melihat buat pertama kalinya wajah anak yang aku lahirkan, aku bisikkan ke telinganya, Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT atas kurniannya, aku akan jaga dan besarkannya dengan penuh kasih sayang yang keikhlasan tanpa mengharap sesuatu balasan atau ganjaran darinya selepas dia berganjak dewasa. Cukuplah hanya Allah SWT yang memberi ganjaran dan balasan atas tanggungjawab itu. Sebagai ibu, aku ikhlas menjaga dan memberi ilmu agama dan dunia. Aku tak pernah mengharap sesuatu , bila dia dah dewasa. Aku harap kalau dia rasa nak membalas jasa aku membesarkan dia , biarlah dia balas dengan penuh keikhlasan.

Kebanyakan ibubapa diluar sana mengharap bila mereka dah melahirkan dan membesarkan anak, jasa mereka dibayar dengan wang ringgit. Kita jangan ada simpan niat yang macam tu dalam hati kita, ingatlah itu tanggung jawab yang diamanahkan Allah. Kalau ibubapa diluar sana membesarkan anak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, Insyaalah mereka akan ingat tanpa diperingatkan.


Ibu pula adalah orang paling istimewa dihati anak-anak.Bagi mereka ibu adalah idola mereka. Kanapa aku kata begitu. Masa kecil anak aku bercita-cita nak jadi kerani, sebab aku bekerja sebagai kerani. Bila dia cakap macam tu, aku hanya mampu tersenyum. Dia mungkin tak tahu, kerani macam aku bersekolah setakat SPM, tapi kerana aku ibu dan ibu seharusnya dijadikan idola. Itulah anak.


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di hati anak-anak. Katakan pada aku, anak mana yang akan kata masakan ibu dia tak sedap. Sebagai ibu walau penat macam mana sekalipun permintaan anak tidak dapat ditolak.Contohnya aku, kesukaan anak yang no 1, sambal belacan pedas, walaupun lauk yang ada dah sedia banyak, aku ikutkan juga kehendak hatinya.Betapa kuatnya kuasa anak. Itu yang aku nak cuba beritahu, anak satu benda yang paling ajaib dalam dunia yang Allah SWT kurniakan kepada setiap pasangan yang dah berkahwin.





Gambar yang aku suka nak ambil.Firdaus tertidur, masa aku tengah memasak lauk kegemaran dia.

Dibawah ni lauk kegemaran Firdaus yang aku masak, yang dia tunggu sampai tertidur.



Telur dadar



Sambal sardin




Bayam goreng.



Senyum Tapir : Teringin sangat nak tahu, bagaimana hati dan perasaan seorang ibu yang sanggup mengandung 9 bulan, kemudian membuang bayi mereka selepas dilahirkan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina