Akitivi mendatangkan hasil selain dari skim cepat kaya.Ini adalah aktiviti aku hari sabtu dan hari minggu, membuat cheese tart untuk anak kawan sempena jamuan raya. Aktiviti ini juga , dapat mengelakkan pembaziran waktu dimasa cuti hujung minggu.
__________________________________________________________________
Cerita kedua
Kehidupan ini seperti asam, garam dan gula. Sebab apa aku cakap begitu? Dalam kehidupan ini ada masam, masin dan manis. Jadi, setiap insan dalam dunia kena terima semua tu.
Pagi ni pagi yang paling ceria, tak tahulah pada korang.Setiap pagi , bila aku bangun aku teramat bersyukur. Kerana apa? Sebab aku amat berterima kasih kerana Allah SWT sudi memberi nyawa dan rezeki pada aku dan keluarga.Aku syukur lagi walaupun aku tak kaya, tapi aku sihat walafiat dan masih ada rezeki untuk disuapkan pada anak -anak.Aku syukur dikurniakan anak-anak yang pandai berdikari dan pandai jugak menjaga diri.Bagi itu semua dah mencukupi bagi diri aku.
Jadi penulis blog , kita juga kena terima dengan redha baik dan buruk komen orang.Dalam blog , aku tak suka nak menceritakan keaiban orang cara terang-terangan. Selalunya cerita yang aku nak sampaikan mesti ada tujuan.Tujuan-tujuannya adalah untuk kebaikan dan panduan. Aku ikhlas nak memberi nasihat melalui cerita -cerita dan pengalaman hidup yang telah aku tempuhi.Aku banyak melalui pengalaman pahit, ngeri dan manis hidup sepanjang aku sebagai manusia dalam alam ni.
Bagi Anonymous yang menulis tentang keburukan aku, jangan risau aku tak marah pun.Aku tak akan padam komen korang. Aku jenis manusia yang boleh menerima baik dan buruk percakapan orang tentang diri aku. Aku nak korang tahu dalam kehidupan aku, kawan-kawan adalah insan yang rapat dengan aku buat seketika sahaja .Pada aku 8 jam di pejabat, adalah masa yang tak penting, nak dibandingkan masa bersama keluarga. Jadi aku tak kisah pun, sebab aku rasa cerita aku tak mengaibkan sesiapa. Dulu mak aku ada cakap, kalau kita rasa pedas, maksudnya kita ada makan cili.Aku harap korang faham dengan kata -kata ni.
CERITA CERIA DALAM LIF PAGI TADI(semasa aku naik tingkat 7 di flat mak mertua Dewi)
Dalam lif, aku tengah tengah mendukung anak Dewi., Di belakang ada seorang pemuda. Aku dengar handphone dia ringging dengan kuatnya. " Abang, kenapa malam tadi tak balik rumah" pekik perempuan dalam handphone pemuda tu. Aku yang duduk selang 1/2 meter pun boleh dengar pekikan dia. Muka pemuda tu tersengih-sengih bercampur serius "nanti abang telefon balik" sambil keluar dari lif.
Dari cerita ni aku nak nasihatkan sedikit pada girlfriend, boyfriend , wife dan husband.
Kalau nak tanya sesuatu atau ada perasaan tak puas hati, tunggulah sampai rumah atau di tempat yang sesuai. Contohnya kedai kopi.Janganlah memalukan kawan atau pasangan dengan cara macam tu.
Buat isteri yang nak tanya suami, bolehlah tanya masa di bilik tidur atau di rumah dengan tutur kata yang paling sopan bersama secawan kopi. Jangan marah, ini adalah pandangan peribadi aku. sendiri.
Senyum tapir 1 : penulis blog orang dikenali seperti aku, bukanlah pelontar batu.Anonymous tahu identiti aku. Anonymous adalah pelontar batu yang sebenarnya. Sebab aku dan pembaca lain tak mengenali anonymous.Kalau berani dan nak mengomen sebagai anonymous sila letak identiti sebenar.
Senyum tapir 2 : Jangan samakan bumi hijau dengan sifat manusia. Bumi hijau adalah pemberian Allah SWT yang tiada tandingannya.