Aku pergi makan di kedai yang sama malam tadi . Malam semalam tak dapat merasa yee mee sizzling dia.Dapat pun kuah sizzling balance sibaby(laki aku) punya. Masak-masak dihentikan seketika, sebab jiwa tengah kacau
Semalam aku tegur sikit laki aku, sebab memanggil budak perempuan yang hantar yee mee sizzling tu dengan panggilan akak.Laki aku jawab "tak kisahlah, budak tu nampak macam dah kahwin. Tak pelah panggil akak." Aku nasihatkan dia, lebih panggil adik , kalau kita tak tahu umur dia.Ada orang boleh marah , nanti dia rasa dia macam tua sangat.Kalau aku lainlah, aku tak kisah kalau orang nak panggil apa-apa, janji yang baik baik.
Pasal panggilan ni, aku ada pangalaman ngeri tersendiri , sebab tu aku tak nak sewenang-wenangnya nak panggil orang.Aku lebih suka panggil orang yang tak dikenali adik , biar orang tu sendiri betulkan, kalau dia rasa tak selesa dengan pangilan tu.Pengalaman ngeri yang aku cakap tu masa aku bersama anak dara cup F di sebuah KFC.Masa tu aku nampaklah perempuan umurnya lebih kurang lingkungan 50an tengah mengemop lantai.Aku tak teraga-agak panggil dia makcik, sebab melihat muka dia yang dah agak berkedut, tapi masih lagi mengenakan make up yang agak tebal. Aku ngan budak bercup F ni memang peramah sikit, lagilah kalau nampak perempuan yang sebaya macam mak kita buat kerja yang susah macam tu. kasihankan.Aku ngan budak bercup F tu tegurlah "makcik dah lama kerja kat sini, tak penat ke?" Bukan jawapan manis yang aku terima , sambil akak tu menjeling "apa makcik-makcik, panggil akaklah." Scary kejap, aku ngan budak bercup F tu.Semenjak dari tu, sumpah , aku sentiasa memanggil orang yang aku tak kenal dengan panggilan adik. Tak kisahlah , samada orang tu tua atau muda.
Selang setahun, bulan lepas aku jumpa akak yang sama di pasaraya giant.Masa tu aku tengah makan di sebuah kedai bersama baby. Aku nampak akak tu tengah berlegar kat luar kawasan kedai cam melilau mencari sesuatu. Aku ni buat-buat tak pandang, tapi kalau dah jodoh tak ke mana.Akak tu boleh tanya aku pulak kat mana toilet.Muka aku masa tu masam mencuka, sampai baby tanya kenapa ngan aku.Aku diam je.Aku tak nak jawap pun, akak tu tanya berulang kali. Dalam hati aku "Ingat aku penjaga toilet ke." sentap. "Tak tahu" sambil menjeling manja tapi geram.Lepas tu makcik tu belah, oppps akak manis.
Okey , ni malam tadi punya cerita
Simontel cam biasa buat perangai berlagak dia.
Yee mee sizzling kak ina mail
Fresh orange kak ina mail ngan lai chi kang forever , baby punya.
Cam starbuck pulak dorang bawa laptop.
Baby punya rojak.
Nasi goreng cina simontel yang berlagak.
Gambar ni tak de kena mengena ngan cerita di atas.Eye nee , inilah gambar aku yang tak semenggah yang aku ambil khas untuk eye nee sebelum keluar makan malam tadi .Nampak tak eye nee, muka jiwa kacau aku. Sila tatap puas-puas.Aku tak tahulah setiap kali aku nak ambil gambar penuh , ada je diganggu oleh simontel.Dia macam tak merestui.Okey , kalau ada lagi gambar yang lain aku tepek untuk kau.
Senyum tapir : Saat ni aku tengah kira dengan jari , blog yang membuat cerita tentang kak engku bercerai.