Monday, October 4, 2010

Green Box Best

Green box best, itu yang aku nak cakap kat sini. Sememangnya , tempat ni menjanjikan keseronakan dan pilihan untuk aktiviti sosial bersama anak-anak bila ada kelapangan. Cuti hujung minggu yang penuh bermakna dihabiskan bersama anak-anak di green box. Kami ketawa, makan dan menyanyi bersama-sama. Kita nak berhibur boleh, tapi mestilah kena pada tempat dan masa. Aktiviti sosial bersama macam ni selalunya aku lakukan bersama anak-anak sahaja . Aku rasa dengan cara ini keselamatan anak aku terjamin.Itu pandangan peribadi aku sendiri. . Pada aku tak salah, jangan samapai melanggar tatasusila, agama dan adab sopan. Detik-detik kegembiraan di sana , tak lupa aku rakamkan untuk tatapan rakan-rakan dan family sendiri.




Anak aku yang sulung dengan simontel dikaunter green box, sebelum masuk membayar apa yang patut.




Ayah simontel tengah mengikat label ditangan simontel




Anak aku yang ketiga, hanafis.Buat rakan sekerja, itulah anak aku yang sering menginvite korang jadik rakan facebook.Aku pun tak tahu, semua rakan kerja aku nak diinvitenya jadi rakan face book.



Simontel ngan anak sulungku.



Berpadu suara bertiga.Pilih lagu hip hop je.Biasalah budak-budak muda sekarang, takkan nak layan lagu rock kapak.Lainlah umur dah separuh abad cam aku.ye ke?



Mula datang angin berlagak dia.





Mood belum sampai.



Masa ni lagu linkirn park.Biasalah simontel punya peberet.



Yang istimewanya di Green box ada disediakan buffet dari pukul 5 petang hingga 10 malam.



Pilih je yang mana satu, semua ada.



Simontel tengah benggang, sebab aku suapkan terung goreng ke mulut dia.



Hidangannya ala chinese style.Tapi okeylah, makanannya tak terlalu berat.



Senyum kambing : Berapalah green box nak bagi aku komisen, sebab promote tempat dia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina