Diary hijau yang aku maksudkan
Dari tulisan dia dah dapat mengambarkan yang adik masih tak dapat melupai lelaki yang bernama zonkepali
Assalamualaikum kepada pembaca-baca blog ni.Semoga kehidupan korang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Macam kebiasannya aku akan bercerita kisah yang benar belaka, melainkan yang tidak benar .cerita ini tercetus , bila aku menjumpai diary hijau kepunyaan arwah adik aku yang telah meninggal dunia pada 21/1/2005 pukul 12 malam, masa tu malam raya haji.
Bila aku baca patah perkataan dalam diary tu , aku dapat rasakan bagaimana tertekannya perasaan adik. Adik aku seakan tidak dapat menerima perbuatan lelaki yang bernama zonkepali.
Buat pertama kalinya bila adik mengenalkan aku dengan lelaki pilihannya zonkepali. Cukuplah kalau aku gelar dia dengan lelaki sial. Dari dasar hati memang aku tak berkenan dengannya.Dari raut wajah , aku dah nampak ketidakikhlasannya.Bukan aku nak menuduh sebarangan, selalunya apa yang aku rasa 80% benar.
Aku dah lupa tarikh mereka bernikah . Kalau boleh aku tak nak mengingatinya lagi. Masa tu adik sangguplah, bersusah payah bersama lelaki sial tu, bekerja siang dan malam demi kebahagiaan dan kesenangan bersama. Bila masa kesenangan itu hampir sampai , lelaki sial tu cuba nak memetik bunga lain. Pada mulanya, adik tak memberitahu aku kisah sebenar.Adik banyak berahsia tentang ni.Yang aku nampak, adik sering berendam air mata.
Aku bukan orang kampung, yang tak boleh menerima lelaki yang ada perempuan lain.come onlah . aku orang yang berfikiran terbuka, waima kalau laki aku sekalipun ada perempuan lain, aku tak kisah.Aku pegang satu prinsip, dan prinsip itu sampai mati pun aku tetap pertahankan. Aku kata kalau kau ada perempuan lain , kita mesti bercerai.Aku hormat kau, kau kena hormat prinsip aku.Aku tak akan mengamuk tak tentu hala, dan memaki pada perempuan yang ambil laki aku. Itu kalau aku ditempat adik aku. Aku benci sangat, bila ada suami yang suka cerita keburukan isteri pada perempuan lain , bila dah tak sefahaman atau tak suka.Macam lelaki sial ni buat pada adik.
Yang menaikkan kemarahan aku , bila satu hari aku nampak adik menangis teresak-esak.Bila aku tanya dia diam.Dia tahu aku tak suka sangat nak mendengar kisah yang remeh temeh ni. Bila aku desak dengan kekerasan, baru dia bercerita.
Perempuan yang ada hubungan ngan laki dia tu menghina dan memaki dia macam-macam dalam telefon. Selepas apa yang berlaku , aku menasihati adik supaya menerima benda ni dengan hati yang terbuka.Anggaplah dia dah tak de jodoh dengan lelaki sial tu. Apa yang penting , dia kena jaga farah dengan baik. Itu lagi penting dari segala-galanya.
Selepas 2 bulan adik bercerai atas permintaan lelaki sial tu, adik ngan Farah berpindah ke rumah ayah.Aku nampak selepas bercerai adik masih tak dapat melupakan lelaki sial tu. Sehingga Farah dibiar tanpa penjagaan yang rapi. Dirinya pun tak dapat diurus ngan baik.Nasihat demi nasihat aku beri, tapi satu pun tak dapat diterima dengan baik.
Sehinggalah satu hari, dia nak jumpa aku sebab nak pinjam duit.Katanya nak ke hospital . Itulah kali akhir kami berjumpa. Dari air muka dia nampak sangat dia menanggung derita yang maha berat, akibat perbuatan lelaki sial tu.
Petang tu aku dengar dari ayah, dia ditahan di hospital. Aku ingat esoknya , aku nak pergi melawat dia. Tak sempat aku jumpa dia, malam tu ayah call dari hospital beritahu adik dah meninggal dunia. Aku redha, dan aku juga dapat buat kesimpulan adik meninggal dunia kerana tak dapat menerima perbuatan lelaki sial tu atau jugak dia tak dapat hidup tanpa lelaki disisi.
Buat pengajaran pada semua orang kat luar sana, jadikan cerita adik aku ni satu pengajaran. Jangan terlalu cepat melatah, bila dengar laki korang ada perempuan lain.kumbang bukan seekor. Terima dengan fikiran terbuka, kalau suami boleh cari perempuan lain, korang pun boleh jugak cari suami yang lebih bagus bila dah bercerai nanti atau boleh juga memilih hidup sendiri bersama anak-anak. so what, hidup kena diteruskan.
Berbaju coklat, arwah adik.
Anak arwah adik, Nur Farrahhana
Tarikh lahir 18/1/2000
Last aku menjumpai anak buah aku ni pada pagi hari pengkebumian adik , pagi 22/1/2005. Kejadian pada masa tu, masih segar dalam ingatan , bila mana farah menangis teresak-esak nak melihat emaknya di wad hospital, sedangkan masa tu arwah tengah dikapankan.
Sampai sekarang, aku masih harap dapat berjumpa semula dengan Farah . Aku tunggu walaupun seribu tahun. Hati tiba-tiba rasa sayu.........
Lepas ni aku nak menenangkan fikiran , nak singgah kat blog Ati.
_________________________________________________________________
Marilah kita sama-sama mengunjungi sahabat baru, yang aku kenali sebagai Ati Masrif.
Ati masrif , seperti aku juga, banyak bercerita pasal keluarga , masakan dan tempat menarik yang dia kunjungi. Ini juga adalah blog aku sering kunjungi diwaktu lapang.Jangan lupa singgah, tak salah kalau kita nak mengikat silaturahim dengan orang yang baru nak menceburi dunia blog.Dulu aku pun macam tu jugak . Aku pun bukan dah glamer sangat.
Pesanan penting : Keikhlasan dan kejujuran itu penting selain dari wang , bila kita nak berblog.Baru korang merasakan kenikmatan berblog yang sebenarnya.
Senyum tapir : Aku tak paham motip ada beberapa blog tu, suka promo blog orang yang dah terkenal (5 star).