Pagi ni, hari aku di mulai dengan menyediakan sarapan roti telur.
Sarapan yang begitu mudah hendak disedikan.ambil 3 biji telur dikacau bersama sedikit kicap cair. Celup roti didalam bancuhan telur, bakar diatas kuali yang dibubuh sedikit planta.
Roti telur , family aku suka makan dengan cili sos.Minum bersama secawan nescafe panas.
Cerita petang semalam, lepas waktu bekerja
Aku singgah ke cosway, beli sabun pencuci kain, bedak ppadat, mascara ngan eye shadow. 3 barang make up ni je selalunya aku beli jenama cosway.Bedak padat miyami, yang terbaiklah aku rasa setakat ni .
Masa kat cosway tu , aku tengok ramai juga pelanggan nak membeli barang.Oleh kerana barang yang aku nak beli tu sikit je, jadi budak cina perempuan tu melayan aku dulu.sambil tengok dia mengambil barang aku, mata melilau memerhatikan sekeliling.Aku nampak sebelah aku ,ada perempuan dalam lingkungan umur 40 an. Oh lala blue 3 kotak Perempuan tu minta dari perempuan cina tu.Dalam hati aku tertanya-tanya, apa agaknya oh lala blue tu.Aku cuba nak tanya pada perempuan tu, datang pulak lelaki dalam lingkungan 40an dari belakang terus memaut tangan perempuan tu. Baik aku selak katalog ni, nak tahu sangat pulak aku apa oh lala blue tu. kondom rupanya...... senyum sumbing aku sambil memandang laki bini tu. Pelik perempuan beli kondom.
Pagi tadi , aku naik lif kat flat tingkat 8 yang aku cerita hari tu.Terkejut aku, no kat lif pun boleh hilang di kopak dek penganas.Ganas betullah penduduk flat ni .Daripada ko menganas tak bertempat baik korang buka bengkel motor atau kereta, ada gak feadahnya.
Senyum kambing : Ada kawan perempuan aku pakai kondom, tapi mengandung.