Wednesday, December 1, 2010

Kisah Benar/Amaran keras






Satu hari, aku berjalan bersama seorang kawan perempuan. Ketika itu, aku ada memakai seutas rantai emas tebal, tapi palsu. Sendiri paham ye, palsu macam mana? Dari jauh aku nampak sebuah motosikal, ditunggangi seorang lelaki yang seakan-akan nak menghampiri ke arah kami .

Tiba-tiba, aku rasa macam dah terbang ke atas jalanraya, lelaki tadi, dengan sepantas kilat telah meragut rantai emas tebal, tapi palsu yang aku pakai.Tersungkur aku. Macam nangka busuk, bila aku terbang ke jalanraya.

Peristiwa tu, tak de lah membuat aku sedih sangat, cuma geram, tangan aku luka calar balar, akibat rempuhan kuat silelaki peragut tu. Aku ngan kawan, ketawa terbahak-bahak dengan niat mentertawakan lelaki peragut tu..Padan ngan muka lelaki peragut tu.

Sejurus kemudian, bunyi motorsikal yang sama, macam berpatah balik kearah kami.Dengan bengis lelaki tadi melempang pipi aku, sambil mencampakkan rantai emas palsu tadi kearah aku. Sempat lagi menitipkan pesanan manis"lain kali jangan pakai barang emas palsu".cam tu pun boleh.




Amaran keras : Tolong jangan pakai barang emas palsu(kalau tak de , lebih baik tak payah pakai apa-apa) dan jangan terlalu cepat gembira, itulah padahnya.



Senyum tapir : Cerita sebenarnya, yang kena ragut tu kawan perempuan aku. Lakonan semula nak kasi kesan effect menjadi, mestilah letak diri aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina