Wednesday, February 8, 2012

sakae sushi jaya jusco bukit tinggi-nahi nahi nahi

Mak tidakkkkkkkkkkkkkkkkk, spontan je aku menjerit bila nampak dalam beg kak limah ada sushi ngan wasabi .First time aku jejak kaki kat restoran makanan jepun masa yuyi bawak aku kat sakae suhi jaya jusco bukit tinggi, kalau tak silap aku tahun lepas.Keluar je dari sakae sushi , aku bagi tau yuyi ini ini first and last aku makan sushi. Aku SALUTE ngan orang kat luar sana termasuk anak aku yang boleh makan sushi dan makanan jepun yang lain dengan riang ria : ). Dia makan sushi , aku yang kat sebelah , kepala ting tong. Pada fikiran aku Firdaus makan sushi tu bukanlah sebab dia minat cuma dia memang suka makan apa je yang bentuk macam nasi .kah kah kah .

susi-sebut ngan gaya manja ye murid-murid. Serius , belum makan, baru tengok je kepala aku dah ting tong.

wacabi-ni lagi kena manja, tengok yuyi makan selamba je, aku cubalah sikit, oh nahi nahi tangkap jantung ngan otak , trauma oiiii cam colgate pun ada. Trauma sangat ngan wasabi , sampaikan keropok atau kacang yang ada perasa wasabi pun, aku letak jauh -jauh .errr errrr lagi trauma bila nampak yuyi bayar bil sampai RM100++ glurp nampak ciput tapi tapi errrr errr , dan dan tu aku teringat nasi kandar kat penang.

sanggup aku layan sup ayam bersuhun ..........

sup ayam bersuhun sesuka hati je kan, lauk aku petang semalam. Mudah dan ringkas, masakan ni ye en/puan/datuk/datin sesuai untuk stok orang -orang yang malas macam aku. Resepinya main lebur, tapi masih mengekalkan sifat kerajinan seorang isteri , ehem ehem macam macam cer teka sapa.Bahan -bahannya fucuk suhun, baby carrot, baki ayam dalam esbok, kiub ayam knorr, untuk bahan tumisan, bawang putih & merah ngan halia

Ikan Jenahak yang suami aku balik malam hari tu, aku buat sambal. Rasa cam dah lama je tak masak sambal. Selagi batuk firdaus tak okey, suami aku suruh kurangkan masak masakan yang bercili. Dah tekak ni teringin nak makan sambal, buat jugak sambal, melawan cakap suami.

Sambal ikan ni nampak je merah, tapi tak pedas , aku  guna cili kering yang kerinting, biasanya cili kering kerinting tak pedas.

second round pukul 10 malam, first round 6 petang. syyy cakap banyak pun tak guna, kang dia merajuk.




jumpa lagi...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina