Ya , juadah kami malam tadi "Lala goreng cili" dah tentu-tentu mengikut selera tekak Firdaus.Rumah aku ni memang jarang masak makanan yang berasaskan makanan laut mungkin sebab suami aku cerewet dalam memilih makanan laut . Bila suami aku ke pasar memang tak de maknanya kalau dia hendak membeli ketam, sotong atau lala. Aku malas nak tanya pun sebab aku dah tahu jawapan dia "tak fresh"ye statement tu sinonim dengan suami aku yang sememangnya pemancing tegar.
yeak yeak lala ni aku yang beli , selamat masa ni suami aku tak de.
saper tak kenal lala sila angkat tangan sekarang jugak???????
we call cangkung saper tak kenal kangkung sila angkat tangan sekarang jugak??????
Marilah kita bersama-sama mengoreng lala
Bahan-bahan untuk mengoreng lala ni simple je
Sedikit hirisan halian dan 5 ulas bawang putih yang dah diketuk dan dipecahkan serta dibuang kulit
5 tangkai cili kering yang direndam dengan air panas kemudian dikisar kering
3 sudu besar sos tiram dan sesudu besar kicap pekat
cara-cara membuatnya
1))tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan-guna api sederhana
2)tumis cili kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)masukkan sos tiram diikuti dengan kicap pekat
4)Masukkan lala gaul sementara kemudian tutup-guna api besar
5) kaup balik semula , masak seketika sehingga cengkerang lala terbuka.
lauk tambahan ; telur dadar digoreng bersama hirisan bawang besar dan hirisan daun saderi
Lala goreng cili aku ni sesuai untuk kanak-kanak yang tak berapa tahan dengan makanan pedaskangkung goreng belacan bersama aksesori sotong tersesat , ekceli sotong tu aku beli untuk dijadikan perencah mee goreng.
Juadah kami malam tadi , tak payahlah nak pelik sangat ye kan aku dah bagi tahu aku spesis yang tak berapa nak pandai memasak makanan dalam quantity yang kecil -ikan masin tu balance sarapan pagi tadi
Makanan feveret Firdaus la tu lala goreng dan kangkung goreng.
ko mampu makan lala mengunakan sudu dan garpu. Maafkan Firdaus ye dia bukan nak tunjuk eksen , cuma dia kekok makan menggunakan tangan. Sekarang ni aku sedang cuba mengajar dia makan mengunakan tangan.Dia kena selalu melatih diri menggunakan tangan semasa makan.Kalau Firdaus bagi tahu kat aku yang dia belum kenyang selepas makan nasi bersama semangkuk lala goreng arghh nanti dah tentu-tentu aku debik dia sebijik: )
Sekadar luahan hati
Bila ada depan mata tidak tahu nak menghargai, bila dah tiada barulah tercari-cari,itulah hakikat diri kita yang sebenar.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .