Friday, October 19, 2012

Pasaraya My Mydin-best gak melayan membeli barang basah kat sana

Sekiranya  kengkawan   hendak  mencari barang basah contoh ayam, udang atau ikan dalam keadaan terdesak, tergesa-gesa  atau dalam kadar segera  aku cadangkan  kengkawan pergi ke pasaraya My Mydin  di sana semua barang -barang basahnya pun segar-segar.Kebanyakan harga barang-barang di sana berpatutan dan amat sesuai  untuk  golongan marhaen.Syukur  Alhamdulillah   sejak  wujudnya my mydin  berdekatan dengan area tempat aku menunggu suami  ni senanglah  sikit aku nak membeli barang keperluan dapur sementara menunggu  dia ambik aku.

Jadi mari kita beramai -ramai  ke pasaraya my mydin  yang berdekatan bukan mydin(mydin  aku x kan panas ooo)


Anak-anak aku ni kalau  dengan bayam goreng laju je..lagilah kalau aku goreng ngan bawang putih atau  ikan bilis.
 Ikan cencaru besar   RM5 dua ekor harganya sesuai sangat untuk golongan marhaen seperti  keluarga aku ni
Mula-mula sekali  balutkan ikan dengan daun kunyit kemudian renjiskan sedikit minyak mengunakan batang serai yang telah diketuk  lepas tu boleh dibakar hingga ikan tadi garing sepenuhnya . ikan  ni aku bakar mengunakan chefel
suami aku suka makan ikan cencaru bakar  cicah dengan  kicap cili tapi aku dengan anak-anak plak suka cicah dengan air asam. Apa-apa pun  kedua-dua pencicah tadi kitaorang  layan  je
 bahan-bahan  untuk membuat kicap cili

1)1 1/2 bawang besar dihiris
2)7 biji cili api dihiris
3)5 biji limau nipis dibelah dua
4)kicap kipas udang lemak manis


Cara-cara membuatnya


Satukan hirisan cili api ngan hirisan bawang besar ke dalam  bekas.Gaulkan hirisan cili ngan bawang besar tadi  bersama kicap kipas udang lemak manis..Bila semuanya  dah bergaul mesra perah limau kasturi.

 kicap cili api pencicah ikan cencaru bakar

juadah kami malam tadi , simple tapi syok.Abaikan bawang putih yang ala ala kehitaman. Sudah menjadi  tabiat aku bila memasak atau mengoreng sayur aku mesti tumiskan  bawang putih sampai garing  dan sedikit kehitaman.


Cukup cukuplah sudah cukup sampai di sini saje nanti kita berjumpa lagi ye. Akhir kata Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina