Saturday, October 9, 2010

Forensik

Rentetan dari peristiwa semalam , kalau ada sesiapa yang tak dapat mengikutinya semalam, sila layari di sini.


Mana-mana ada kelemahan atau kemalangan, patut diadakan forensik atau bedah siasat. Forensik yang aku lakukan tentang siapa Anonymous semalam mungkin tak 100% tepat.Tapi, dari bedah siasat selama 2 hari, aku dah dapat mengenal pasti 98% empunya diri pengomen yang memakai gelaran anonymous.

Mari kenali mereka dengan lebih dekat.



Hasil bedah siasat

1)Dua orang Anonymous ni orang yang sama
2)Dia bekerja, sama dengan tempat aku bekerja
3)perempuan tu berkelulusan setakat SPM
4)Bahasa yang dia gunakan , amat aku tak suka."BOHSIA CUN".Tolong jangan mencemarkan nama baik blog Hijau itu indah dan permai
5)Perkataan kebabom itu sering keluar dari mulut perempuan ni kalau kat office

Aku tak marah dengan komen dia, tapi aku suka kalau dia amalkan konsep bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis.







Hasil bedah siasat

1)dia berpendidikan tinggi , satahu aku diploma
2)gaya tulisannya memang tertib
3dia dari PKR
4) Semalam bila dia nampak aku dengan anak dara bercup G , dia seolah-olah melarikan diri. Sehingga aku dan anak dara bercup G curiga dengan tidak tanduk dia. Selalunya bila nampak kita berdua, dia tidak teragak -agak menyapa dan berbual sedikit sebelum balik.

Sila jangan lontar batu, sembunyi tangan.

Dari komen dia, aku hendak membela diri di sini.Aku tak pernah meminggirkan diri dan aku tak pernah rasa terpinggir. Jamuan mereka ada kan , tak pernah aku dapat tahu bila, dan berapa akan dicollect untuk satu kepala.Aku tahu pun dari mulut orang lain.Adakah itu dinamakan muafakat mebawa berkat? Sila renung-renung dan fikirkan.Selamat beramal.


Dibawah ni , aku hendak korang di luar yang adakan forensik.

Gambar ini aku ambil petang semalam, ketika melalui satu jambatan motor yang berhampiran dengan rumah aku.










Senyum tapir : kenapa budak-budak sering jadi mangsa politik?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina