Tuesday, October 5, 2010

Ikan kembung forever

Ikan kembung memang menjadi pilihan kebanyakan suri rumahtangga kat Malaysia ni. Fakta ni bukan aku ambil dari mana-mana kajian, tapi dari pandangan peribadi aku sendiri yang sering melihat suri rumahtangga yang ke pasar atau ke kedai , memilih ikan kembung dalam menu seharian.Ikan kembung bukan sahaja isinya manis, harganya pun berpatutan bagi golongan yang berpendapatan rendah , contohnya seperti aku.Ikan kembung jugak ada banyak jenis.Pilihan aku, ikan kembung yang berisi manis , bersize kecil sedikit dengan badan bewarna kekuningan .Nama jenis -jenis ikan kembung, belum aku buat kajian lagi .Kalau dah cerita pasal ikan kembung, sudah semestinya juadah makan malam tadi ikan kembung .

Juadah malam tadi ikan kembung percik, saja nak tukar citarasa, asyik masak sambal dengan kuah asam tumis.Dah muak.




1)Sedikit jintan manis, jintan putih , ketumbar ngan bunga lawang
2)sedikit lengkuas , serai, halia, bawang putih, bawang merah dimesin halus
3) cili kering mesin
4)sedikit santan(jangan peduli gambar tu, santan masih dalam keadaan beku.)
5)asam keping




Ikan kembung forever




Sangrai rempah kering tadi sampai naik bau dengan api yang perlahan.





Masukkan bahan 2 & 3 & 4 .Biar mendidih, masukkan gula melaka, garam, asam keping dan secubit perasa .




Masukkan pulak ikan kembung tadi.Lepas lebih kurang 5 atau 10 minit kemudian angkat.Lebihan kuah boleh disimpan untuk tuang di atas ikan selepas dibakar.





Letakkan ikan tadi di dalam loyang yang dilapik dengan daun kunyit.Bakar selama 20 minit dalam suhu 200 darjah celcius.





Dah siap untuk dihidang, jangan lupa tuang sedikit lebihan kuah tadi di atas ikan .




Tak lengkap hidangan , kalau tak ada sayur.Sayur ni versi campur, taugeh campur sawi , dah semestinya ambil mana yang patut dari dalam peti ais.


Senyum kambing : Ada kawan aku , kalau dia makan bihun goreng yang ada taugeh, dia mesti keluarkan taugeh tu ketepi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina