Thursday, October 14, 2010

Peminat Fanatik ngan langau sinonim ke?



Peminat fanatik handphone aku


Pernah tak korang rasa, walaupun kehidupan korang bukan artis mahupun ahli politik, kau diekori peminat Fanatik atau bahasa saintifik dalam istilah kamus aku "langau".Aku rasa semenjak jadi penulis blog ni ramai pulak peminat tegar atau "langau" dalam diam, terutama rakan sepejabat. Macam mana aku dapat tahu dorang meminati aku dalam diam, dari komen balas yang aku dapat dari review post pasal cerita "you again"

Tak kiralah walaupun komen dorang menghentam, tapi aku tetap syukur , dalam hati dorang ada taman. Aku nak bagi nasihatlah sikit kat peminat tegar yang anonymous tu, blog ni tak sesuai untuk korang yang belajar tahap diploma. Aku hanyalah insan yang berkelulusan SPM pangkat 3.Adakah tak rasa geli memijak kaki di sini?. Aku kurang pasti dengan prinsip yang kau laungkan selama ini.

Lagi satu ini blog aku, jadi bahasa yang aku gunakan yang kalau siapa kenal dengan diri aku, memang kesat dan penuh gurauan.Semua pembaca aku dah kenal siapa aku.Tapi aku tahu sejak kebelakangan ini ada anonymous yang cuba nak menasihati aku.Aku harap anonymous tu paham, jika kau tak suka pergi blog orang tu, lebih baik kau jangan pergi.

Berbalik review pasal cerita "You again" korang yang tak mempunyai blog , tak paham Nuffnang Exclusive Screening . Jadi kau tak tahu nak menilai samada cerita tu benar atau tak benar.Jadi kalau kau sebagai mengomen mengunakan anonymous yang tak mempunyai blog, jangan cuba jadi penilai. Ya Allah , biarlah Nuffnang jadi penilai, sebab mereka yang akan memberi markah yang sebenar ,bukan kamu anonymous

Khas untuk Anonymous yang ada kat pejabat aku

kalau rasa nak komen CT Fad pergi kat sini , Ratu kebaya kat sini
sebab aku tak nak korang tersalah tempat komen , dah berapa post yang aku buat, korang salah tempat komen. Sedangkan komen tu ditujukan pada CT Fad ngan Ratu kebaya.

Dalam kehidupan aku, tak pernah ada rasa cemburu itu. Cemburu itu jugak tak pernah bermain dalam sanubari . Apa yang aku nak cemburu? Korang berumah besar atau berkereta menjalar ke ? Aku makhluk tuhan yang sedar satu hari nanti semua akan mati, dan harta itu bukannya boleh ditimbus bersama jasad. Aku tahu, aku tak sealim orang lain atau Anonymous yang sentiasa sujud di sisinya tak kira siang atau malam, tapi yang aku tahu, aku sentiasa mengingatinya tak kira waktu.

Kalau kau tak tengok dari baju 10 tahun lepas yang masih aku pakai sehingga sekarang , jika nak dibandingkan dengan baju kau, itu yang kau katakan aku cemburu. Cuba kau bandingkan lengan kau dan lengan aku. Adakah kau nampak sinar emas yang berkilau , tak kelihatankan. Cemburu, cemburu, cemburu itulah perkataan yang sering dimanipulasi oleh anonymous. Tolonglah tukar perkataan lain, kalau kau benar-benar nak kutuk aku. Banyak lagi perkataan keji , kalau kau nak kutuk aku, takkan sampai perlu di ajar.


Aku tak nak lagi pembaca blog aku bercelaru dengan komen anonymous. aku jugak tak hairan jika komen anony menyebab pembaca aku berkurangan. Apalah sangat , aku serahkah semuanya pada Allah SWT yang menilai. Tak adil rasanya aku membela diri bagi pihak aku sendiri.Rasanya lagi molek kalau korang yang menilai . Aku juga tak berhak nak memaksa orang menyukai aku, tapi aku berhak memaksa orang yang tak suka blog aku jangan baca blog aku. maafkan aku harap paham ye .Aku ada special untuk anonymous , aku bagi satu blog yang aku benar-benar membuat aku bertenaga . Belajarlah realiti tentang kehidupan di sini .

okey tinggalkan pasal cerita langau tadi , come back cerita pasal semalam, aku pergi pasar malam.

Aku beli dokong, harga lupa plak.







Popia goreng RM2




Laksam RM2.50 .first time makan.Ada rasa lain macam sikitkan.




Simontel ngan nasi ayam.



Senyum tapir : Orang yang macam aku, dah kematian 5 adik beradik dan emak, dah tak ada masa nak fikir pasal cemburu dan iri hati pada orang. Yang aku selalu fikir nak menjaga solat aku yang sering tercicir, terutama bila leka bershopping atau tengah leka berblog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina