Wednesday, December 15, 2010

Bila mata tak boleh lelap....

Bila mata tak boleh lelap, macam-macam dalam kotak fikiran. Imbauan lama , datang silih berganti. Ada pedih, ada manis, ada pahit, terangkum sekali dalam satu ingatan. Aku tak sehebat zanna, pandai bermain pena. Cuma bolehlah sedikit, meluahkan apa yang sarat dibenak fikiran.

Saat ini, mata masih belum mampu nak dilelapkan. Ingatan pada arwah adik yang paling bongsu Zulkarnaen yang lahir pada tahun 198o, kembali ke rahmatullah pada 2004 datang dan pergi. Ingatan ini terlalu menghantui, sehingga dapat mengerakkan jari jemari kasar aku, mencoret kisah dia.




Arwah adik , paling kanan sewaktu berumur 5 tahun .Manja ngan arwah mak.masa ni , biasalah rombongan cik kiah ke sukan komanwel.



Arwah adik bekerja di kedai spare part kereta. Dia ni, seorang yang rajin buat kerja sambilan, tambah pendapatan. Seorang yang kelakar dan suka melayan keranah anak buah. Simontel tak sempat jumpa arwah, sebab simontel lahir tahun 2005. Masa dia meninggal dunia, aku sedang mengandungkan simontel.Selalunya dia banyak merahsiakan perkerjaan sambilan dia. Antara kerja sambilan dia, yang akhirnya aku tahu, diatas terjadinya sesuatu ialah :-

kerja sambilan pertama


Pada satu hari anak perempuan aku yang sulung, pada masa tu baru berumur 8 tahun, telah cedera ditangan, akibat terkena mercun. Gara-gara dia nak tahu sangat, isi kandungan di dalam satu beg besar milik pak su(arwah adik), yang disorokan di dalam almari. Memang anak perempuan aku ni, dah duk lama perhati beg tu.

Selalunya mercun akan di jual , bila raya akan menjelma lagi 2 minggu. Selalu gak, aku nampak budak-budak , berkeliaran kat luar rumah, masa tu aku duduk flat.. Bila aku tanya, cari siapa?, dorang kata nak jumpa adik. Aku panggil adik, dan dia keluar bersama sebuah beg besar.

ooooooo , selepas kejadian tangan anak aku terkena mercun, baru aku tahu kerja sambilan dia. Selepas kejadian tu gak, penjualan mercun dia merudum, dan dia pun menghentikan segala perbuatan terkutuk tu...lucu tak? ketawalah...


Kerja sambilan kedua


Dia akan membeli segala tikam yang ada kat kedai runcit, lepas tu budak kampung semua datang dan bermain tikam pulak. Dengan anak aku yang lelaki pun disuruhnya beli tikam kat dia. Patutlah, bila aku balik kerja je , anak lelaki aku, yang sekarang ni dah berumur 18 tahun , pau aku 20 sen.Rupanya penangan tikam.

Kalau tidak, aku tak tahu gak , bila aku mengemas bilik, aku jumpa banyak kertas tikam bersepah-sepah bawah almari.Aku tanya, apa benda tu, anak lelaki aku cakap, pak su jual tikam. Tikam tu 10 sen ngan 20 sen je.Hadiah tengok nasib




Harap maaf image kurang memuaskan

Gambar anak perempuan dan lelaki aku semasa kecil, adalah orang yang dimaksudkan dalam cerita di atas.Gambar tahun 1996 rombongan cik kiah ke sukan komanwel lagi. arwah mak, tak pernah jemu ngan rombongan .first time aku ikut, scary, dalam bas kilang tempat arwah mak kerja, penuh bangla. aku dah memang anti bangla, dari aku kerja estet dulu.



kerja sambilan ketiga


Di flat tempat aku tinggal dulu, ada satu padang mainan yang besar. Setiap 2 atau 3 hari sekali, aku nampak ada sipemesin rumput bangla yang memesin rumput kat padang tu. Mungkin bangla, aku kurang pasti, sebab yang aku nampak hanya mata je, dah bertutup semua.

Satu petang , Kebetulan aku lalu kat tepi padang tu, aku terdengar kawan sipemesin rumput tu memanggil kawan yang lagi satu ngan nama nain. Aku terkejut, cam nama adik aku(dalam hati).Dari renungan mata sipemesin rumput, aku dah dapat agak. Geram je, dia siap pesan jangan beritahu org lain, nak coverline, kononnya. Cilakak, betul dia , patutlah selama ni aku lalu kat tepi padang, aku rasa cam ada sipemesin rumput duk perhati dan bersiul-siul kat aku, rupanya adik sendiri.


Senyum tapir : Pernah tak , peristiwa pahit dan sedeh dalam kehidupan korang,, kadang-kadang, jadi manis pulak bila dikenangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina