Friday, December 3, 2010

Mari masak nasi goreng

Kalau dah rasa malas, mari masak nasi goreng.Nasi goreng cina peberet simontel ngan anak lelaki yang besar. Anak lelaki yang besar tu , tak suka makan nasi goreng pedas, dari kecik dia suka makan nasi goreng cina. Simontel pun sama. Cepatlah ambik pen ngan kertas, mari kita salin. Kalau yang dah tahu , jangan salin ye.tengok je



1)dada ayam ikut suka, basuh dulu kemudian potong kecil-kecil.
2)6 ulas bawang putih dicincang




Sayur ikut suka, aku letak sawi.




2 biji telur.





Apa yang penting, tumis bawang putih sampai naik bau dan kekuningan.




Masukkan isi ayam. Goreng hingga separuh masak, kemudian masukkan sawi tadi. Kacau sekejap, kemudian pecahkan telur.kacau telur tadi sehingga betul-betul masak.Last sekali masukkan nasi bersama kicap cair(penganti garam).Jangan lupa letak secubit perasa dan lada sulah. Goreng sehingga naik bau.




Jeng-jeng nasi goreng cina dah siap



Senyum tapir : Kalau anak perempuan aku nampak nasi goreng cina ni, mesti dia tak layan.gila beb, tak de pedas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina