Tuesday, April 26, 2011

hodoh banget

Salam hari selasa................................


Cite pasal ni, dah lama ada dalam otak ni, cuma belum lagi nak cite, tapi bila baca blog adik comel ni, aku terus berkobar kobar nak cite gak. Lebih lagi aku orang yang menyokong penuh saranan kerajaan mengunakan recycled bag buktinya di sini , sini, sini dan di sini.

Hasrat murni kerajaan selangor, negeri yang aku tinggal sekarang, menjadikan hari sabtu hari tanpa beg plastik memang terbaek. Dari dulu setiap kali nak shopping aku mesti bawak recycled bag. Manafaat yang kedua selain dari mengurangkan pengunaan beg plastik, ni dapat memudahkan aku nak bawak barang dalam quantity yang banyak, tak lah patah jari ni nak pegang banyak beg plastik.

Biasalah dah namanya manusia, kalau tak lupa memang bukan manusia kot. Dah kerap kali gak, aku lupa nak bawak recycled bag, biasalah tu, bila hari tanpa beg plastik tu berkuatkuasa seminggu sekali. Cuba kalau hari tanpa beg plastik memang di wajibkan hari-hari, mesti tak lupakan, cam kita makan, hari-hari nak makan.

Apa yang berlaku pada Qelissa , pernah terjadi pada aku gak. Masa tu aku membeli belah di pasaraya Giant . Banyak gak barang yang aku beli , mahu tak cukup tangan nak bawak . Kat kaunter pembayaran, lepas sicashier beritahu jumlah yang kena bayar, dia longgok barang yang aku ke tepi, lepas tu dia buat muka yang paling bodoh dan memang hodoh banget. Aku senang je sapa suka buat muka sombong , aku cop memang muka dia hodoh banget.

Aku tanyalah "beg plastik dik, ngan nada suara yang paling sopan" dia jawab ngan muka hodoh banget ngan suara nada tinggi "beg plastik kena bayar 20sen." Aku pun apalagi "dik 20 sen tak kan lah mkcik tak boleh bayar, kalau tak de beg cam mana nak bawak barang ni semua." simuka hodoh tu terus hulur beg plastik ngan muka sengal gila.

Apalah salahnya, sebelum aku bayar tadi ko cakap elok-elok "makcik hari ni hari sabtu, beg plastik tak de ye." Berat sangat ke mulut tu atau ada emas. Bangsa melayukan memang dah terkenal ngan bangsa yang tinggi budi bahasa..

Kejadian pasal beg plastik ngan cashier sengal cam tu , memang dah kerap sangat aku kena. Oleh itu aku nak persoalkan motip tak boleh guna beg plastik hari sabtu je kenapa? kenapa plak tak dikuatkuasakan hari -hari ?

Sila jawab , sapa-sapa yang sudi jawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina