Monday, October 3, 2011

keeping up with the kardishians, cream cheese brownies

Salam hari senin...............



Sesuaikan tajuk tu, makan cream cheese boleh kuruskan.kah kah .Sabtu yang lepas , bila menjelajah di sini hati cam dipanggil-panggil buat cream cheese brownies, jadi aku pun terus mengodek apa yang patut. Kalau ada masa lapang aku memang sukalah godek-godek resepi kat blog masakan atau website .

Aku jenis yang tak suka ambik resepi semata-mata, kalau boleh nak belajar teknik dan asas. Mungkin  sebab dulu aku suka tolong budak R&D masa keja kat kilang makanan. Dalam almari aku lebih banyak buku teknik dan asas segalanya tentang masakan daripada buku resepi.   Dah minat aku kearah masakan, mestilah buku tentang masakan tak kan plak buku tentang pertukangankan .kah kah.

Dah aku cam ni dari start aku mula berkerja apa yang aku lakukan memang tak berhenti setakat tu, kalau boleh aku nak tahu dari akar umbi.Aku nak tahu kenapa, mengapa, bagaimana dan apa yang sepatutnya aku kena tahu, sebab apa aku nak tahu semua tu? sebabnya aku tak suka bila orang tanya ngan aku , aku jawab tak tahu tanpa alasan yang kukuh.

Resepinya ambik kat sini, tapi ada banyak gak aku adjust demi memenuhi kehendak pembelajaran dan kajian aku sendiri.Kalau suka boleh ambik  resepi kat sini gak.




Gula castor aku adjust ke 100 grams, sebab cooking coklat aku guna 250grams dan sedikit manis. Sesuka hati je kan tukar resepi Joy baking . 

Aku buat pertambahan susu tepung  penuh krim sesudu besar bancuh ngan 50 ml air suam. Saja nak tamak dan  nak kasi lapisan coklat berlemak. Ada yang buat cheese brownies guna coco powder, terpulang pada masing-masing, biasalah hobby aku   suka buat experiment.Dapur aku dah macam makmal kalau sekali pandang.



Adunan coklat yang dicairkan ngan butter.



Adunan yang dah siap tuk dibakar.



Selepas dibakar selama 170 celcius selama 25 minit.



Tak sempat nak ambik gambar dah kena potong.



Simpan dalam fridge, lagi sedap. Bila brownies dah sejuk,aku potong, aku makan secara perlahan-lahan , sebab nak cari kalau ada kekurangan di mana-mana .Begitulah yang kerap aku lakukan selepas membuat sesuatu kajian (cam bagus-baguskan) kah kah kah . Aku masih tak berpuas hati ngan lapisan coklat tu, rasanya lepas ni aku nak kurangkan sikit tepung kot.


Jangan takut mencuba ye, kalau dah tak minat , tak pek den nak nolongnya.


Berjumpa lagi dilain rancangan ye...............jangan nakal-nakal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina