Thursday, April 12, 2012

Abang jejai, kereta fasha rosak tengah jalan

Pagi tadi , fasha panik sangat tetiba je kereta fasha mati tengah jalan. Itu lah duk ketawa-ketawa sangat ngan kawan, orang tua -tua kan dah kata jangan banyak ketawa nanti menangis. Aje gila kereta tak boleh start fasha nak nangis, hello sekuis me see the leg lah banyak bulu.Fasha ngan gaun kembang ajak kawan tolak kereta ke tepi jalan, nanti karang tak pasal pasal jalan jam, sebab kereta fasha tercongok  kat tengah jalan.

Lambat fasha masuk opis hari ni, pukul 10.30  baru setel semua. Pada fasha masuk opis 10.30  okey lagi , kalau  sampai pukul 11.00  tadi garenti fasha ambik cuti. Entahlah fasha dah cam ni nak wat cam mana, walaupun dah keja kat sini dekat nak berbelas tahun, perasaan malu tu masih menebal bila masuk opis lambat, limit fasha datang lambat bawah 11 tengahari, lebih pukul 11 fasha terus ambik cuti je. Kengkawan tahu tak dulu masa fasha pregnant sangguplah fasha check up private klinik nak mengelakkan dari lambat masuk opis. Check up je private klinik, bersalin kat hospital kerajaan , almaklumlah masa tu  jejai keja kedai makan je .

Kat opis fasha ni ada sorang budak tu keja tak sampai setahun jagung lagak cam orang dah berbelas tahun keja, selamba je masuk opis kul 12 , datang lambat terus wat keja tak pelah , ni tak duk bergebang dulu  hal kampung ngan makcik, eh eh eh lepas tu boleh plak selambadak perut lapar terus gi kantin,  arghhh macamlah fasha tak kenal dia tu minah propa semalaya. Fasha ni tak delah suka sangat pun  nak ambik port pasal kawan -kawan  opis yang masuk lambat ni, pedulik apa ngan fasha, lantak pirahhhh, masalahnya kat sini minah propa tu suka menyibuk bila orang lain datang lambat, fasha kan ada bagitau ngan kengkawan , ada segelintir manusia ni hobi dia suka mencari kesalahan orang lain, kesalahan dia kalau boleh sorok lagi nak disorok, siap tutup ngan pelepah kelapa sawit tak pun ngan daun nyiok..

Jom layan saat-saat  cemas masa kereta fasha terberenti tengah jalan.Gambar -gambar ni semua diambik mengunakan handphone tak berapa pintar tapi gambar cantik dan pintar sekali : )

fasha ambik gambar iklan ni, in case ada peminat fasha yang nak beli rumah.

Fasha ingatkan nak repair sendiri, tak cukup mahir plak, berlakon je fasha terror.

Nasib baik kejadian ni berlaku waktu siang, kalau tidak arghhhhhhhhhhhhh nahi nahi deshummmm deshummmm

Kawasan kejadian amat menyeramkan

Kawan fasha sempat lagi membaham nasi lemak, tak boleh tahan nengok fasha makanlah tu.


Kenapa abang jejai nampak berisi dalam gambar ni ? arghhhhhhhh tidak , nampak tak plat kereta fasha jejai, malu fasha.

Dalam perjalanan ke bengkel

KOMPLEK DATO SAARI?
Akhirnya sampai gak kereta fasha kat bengkel, tima kasih semua, lepas ni fasha nak up status kereta rosak kat facebook : )

Sekian jelah kengkawan wat hari ni, penat tadi pun tak hilang lagi, pesanan fasha : kurangkan propa , lebihkan wat keja . bye bye bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina