Sunday, September 9, 2012

hari minggu aku -tanpa nasi

Aku tak de apa cerita yang menarik  dalam kisah hidup aku sehari-hari .Tapi memandangkan blog ni  seperti  separuh dari  jiwa ragaku, tak kiralah walau cerita aku tak menarik mana namun aku tetap nak bagitau  kat sini  . Entahlah aku.. serasa separuh jiwa aku pergi  kalau sehari aku tak  update blog aku ni.Lihatlah dunia !!!!!!!betapa bermaknanya blog ni  dalam hidup aku.*Jengkelnya aku, macamlah seluruh negara didunia ini membaca blog aku*

Ingatkan hari ni bangun lambat sikit  tapi  bila telinga ni terdengar bunyi alarm hp dalam pukul 6 , mata ni  terus  tak boleh lelap. Alang-alang tak boleh tidur , suami plak tanya maggi  baik aku terus  bangun buat sarapan. Tanya maggi tu tandanya lapar ye dak. Aku suruh suami  bersabar ,aku bagitau dia  sekejap  lagi aku nak goreng bihun,dengar aku nak goreng bihun   dia terus sambung tidur. "bagus , aku kata dalam hati .

Hari ni aku malas nak masak nasi dan lauk pauk bagai sebab tu  pagi ni aku buat   bihun goreng  nalar punya banyak biar  dorang  makan sampai lebam.Nanti tengahari  InsyaAllah aku nak  buat twice baked potatoes cheese*bajet omputih*
Nak dapat bihun goreng yang sedap kenalah tumis bahan tumisan seprti cili kisar ngan bawang putih + bawang merah dan udang kering sampai naik bau dan pecah minyak.

Simple je bahan-bahan  untuk membuat bihun goreng ni :
1) sengengam atau sengengam setengah  udang kering bilis cuci berseh 
2) 10 tangkai cili kering direndam dalam  air panas-pilih cili kering jenis tak pedas

3) 5 biji bawang merah 
4)3 biji bawang putih 
kisar bahan 2,3,4 sampai lumat kemudian  baru kisar udang kering-kisar sederhana halus  

5)1  1/2 gengam taugeh-lebih kurang 50 sen
6) seikat  sayur sawi
7) 1/2 sudu besar garam sederhana halus-tambahkan kicap cair sekiranya bihun goreng ni sedikit  tawar
8) secubit kecil serbuk perasa
9) 3-4 sudu besar gula

10) dua sudu besar kicap pekat

Bahan-bahan di atas untuk mengoreng sebungkus bihun

Cara-cara membuatnya

1)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
2)masukkan garam dan gula-kacau sekejap
4)masukkan sawi -kacau sekejap kemudian masukkan kicap pekat diikuti  bihun yang dah direndam
5)Masukan air kacau  balik   dan kaup balik sampai bihun lembut
6)Bubuhkan secubit kecil  serbuk perasa, kacau  sekejap kemudian masukkan taugeh goreng rebah bangun je.... tutup api  angkat dan  sedia dihidang. 
Taugeh digoreng rebah bangun  maksudnya goreng sekejap je ,kata arwah mak aku kalau salah sila tanya arwah mak aku.la la la 
 Bihun goreng dimakan bersama telur goreng mata kerbau
 Bihun goreng makan sampai lebam
 US potato  ni  aku beli kat Jaya Jusco Bukit tinggi lepas balik dari menghadiri open house  kawan bukan kayangan.Cerita pasal open house I update soon.*bajet ramai yang berminat nak ambik tahu*
 
US potato *macamlah aku sorang je tahu*
InsyaAllah bila aku dah buat twice baked potatoes cheese  tu nanti aku update ye. Entah kenapa kalau tengok kentang je aku teruja. Sedapnya kentang aku memang minat sangat ngan kentang. Kentang dalam bahasa omputihnya potato pada aku salah  satu makanan yang sedap dan unik serta  boleh dipelbagaikan resepinya.Tiba-tiba saje gua  berfikir cara chef  yang ada potensi untuk menjadi chef yang terkenal diseluruh pelosok dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina