Friday, July 30, 2010

handbag terkumpul



Senyuman siapa yang paling menawan?

A) CT Fad
B)Ratu kebaya
C)
Anoy(poah)
Hadiahnya beg terkumpul kat bawah ni.Dah lama aku simpan, bukan senang.kwang kwang.gambar diatas Anoy bersama beg recycle yang dalam berisi bungkusan nasi, sebab kat kilang ni tak dibenarkan bawa bungkusan plastic.makanan kena bubuh dalam bekas makanan. PLASTIK DILARANG SAMA SEKALI.



Budak belakang tu siapa?cuba teka?




Baru dapat 2 hari lepas.beg ni boleh lipat jadik kecil.Kiri kanan beg ada zip.




Bila buka zip jadik cam ni.




Giant recycle bag




Giant




Anak aku kasi.



Aku suka yang ni .besar, dan boleh isi barang yang banyak.




tempat kerja kasi.

ADAKAH KORANG SUKA MENGUNAKAN REYCLE BAG BILA PERGI SHOPPING DI PUSAT MEMBELI BELAH?.

Thursday, July 29, 2010

Diet

Kisah diet, bukan kisah aku yang tengah berdiet, tapi simontel ni yang kena diet, sebab dah overweight.dia ni jenis kalau tak dapat makan nasi, angin meroyan dia datang.Mulalah mengamuk tak tentu pasal.nak nasi nak nasi, sambil menhogah-hogah tong beras.Sejak kebelakangan ni aku sibuk sikit, jadik aktiviti masak berkurangan.kalau masak pun pada hujung minggu.Jadik ari tu pergi giant, aku beli stok makanan untuk simontel.



Corn flakes ni permintaan dia sendiri.kononya, pagi-pagi nak breakfast cornlflake campur susu.



Semangat diet. kwang kwang





Hash brown ni memang peberet simontel.




goreng untuk makan malam.dia makan sekeping je.





Roti untuk dimakan ngan filet ikan.




Fish filet ni sedap, nak beli lagi sebab dah habis.




Bakar boleh, goreng pun boleh.





Belah roti, taruh filet ikan dan daun salad ditengah.letak sos ngan mayonis sedikit.




Apalagi ngaplah.Firdaus semangat diet mengusai diri.

Wednesday, July 28, 2010

Salah jodoh

Korang ingat aku pernah cerita pasal mencari jodoh kat sini. Hari aku nak cerita pasal salah mencari jodoh, iaitu cerita pasal masak, tapi bukan aku yang masak, laki aku.Aku malaslah nak campur, kalau laki dah masak dapur .Biarkan dia menunjukkan kehandalan memasak dia.masak simple je, masak maggi ngan telur dadar ciptaan dia sendiri.kwang kwang





cam biasalah , kalau laki aku masak dia kasi hancurkan mee tu.Senang katanya simontel nak makan.




Lelaki suka sangat tak berbajukan.tu yang kena pakai baju hijau tu.serius memasak, aku tak nak kacau.



tunggu kuah mendidih baru masukkan mee .



Dah siap untuk dimakan.



Simontel tengah khusyuk makan.





Ini yang best aku nak ceritakan pada korang.aku ada nampak, laki aku ambil blender.tapi aku tak syak apa-apa.Lepas tu aku tengok dia masukkan 3 biji telur , bendi potong kecik-kecik ngan tomato dalam blender.sambil tu dia tanya aku, nak gebukan telur cam mana?.Aku cakap, blend je.Dia pergi bubuh kicap cair, lepas tu dia blend.Dia ambil non stick pan, dia masak telur tu.




Hidangan ala barat konon.saja try resepi baru, kata laki aku.Dia tegur , kenapa aku ngan firdaus tak jamah telur ala-ala western dia.Aku jawab, awak cuba makan dulu.kalau okey , saya ngan montel akan makan.Lepas laki aku cuba telur western tu, dia terus mengeleng kepala, tak pernah dia trauma cam tu.aku tanya kenapa?(sambil tu aku tersenyum ala-ala kambing).ceh telur dia cam berlendir je.sumpah trauma betul rasa telur tu.kenapa awak senyum , tanya laki aku.Malas nak cakap, memanglah rasanya jadik cam tu, kalau sayur bendi nak campur dalam telur, kenalah goreng sikit, barulah okey.Jawapan kena campaklah telur.LAST-LAST SIAPA YANG KENA MAKAN TELUR WESTERN TU?.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
v
V
V
V




Kucing pun tak nak makan.itulah apa-apa hal pun kena minta pendapat bini dulu .last-last kena aku gak, goreng telur dadar lagi.


BAGI YANG BERSUAMI PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI, LAKI NAK TUNJUK TERROR, TAPI LEPAS TU JAWAPANNYA HAMPEHHH?KWANG KWANG

Tuesday, July 27, 2010

Ikan sebelah

Korang pernah makan ikan sebelah tak, tau dulu mak aku gelar ikan ni ikan sisa nabi.tak tahu sejauh mana kebenarannya.ikan ni terselit banyak terselit dalam jaring.kat pasar pun ada jual ikan ni.Masa arwah mak aku ada, selalu gak beli kan ni kat pasar. memang peberet, ikan ni cam keropok bila digoreng garing.Selalunya sebelum digoreng , ikan ni kulitnya disiat.Tapi aku pulak suka kalau kulitnya tak disiat.sodap.






Buang sisik ikan, bersih dan garam kunyitkan.




Ini hasilnya setelah digoreng.




Tumis cili mesin(15 tangkai cili kering dimesin ngan 3 biji bawang merah) sampai pecah minyak.kemudian masukkan sedikit air asam jawa.Bubuh gula ngan garam sebagai penambah rasa.last sekali masukkan hirisan bawang besar ngan ikan yang digoreng tadik.




Ikan sebelah goreng sambal.



Ikan sebelah tu sikit sangat, tambah ikan kembung.boleh ke?







Sayur nya pulak labu kuning goreng.resepinya campak-campak je.tumis bawang, daun kari ngan herba campur sampai naik bau.masukkan ikan bilis ngan rempah kari.masukkan air sedikit bersama labu.goreng labu sampai empuk.masukkan garam ngan gula sedikit sebagai penambah rasa.


Korang pernah ke makan ikan sebelah ni? kalai pernah , masak apa?

Fish Finger Marina

Adoi sakitnya perut aku ari ni, tak tahulah makan apa semalam?satu malam tak boleh tidur sebab cirit birit.Nasib pagi ni ada Fish Finger Marina, bolehlah lapik perut.



Fish finger ni diperbuat dari filet ikan hoki segar dari New Zealand dan disaluti ngan breadcrumbs.




Fish Finger Marina Sebelum digoreng.




Sorry ni bukan fish finger, ni aku goreng wedges dulu.minyak kena banyak.




Ni baru Fish Finger.Keluarkan dari fridge, boleh terus goreng.minyak biar banyak dan panas.




Wedges goreng



Fish Finger Marina yang dah digoreng boleh diambil masa breakfast.cicah ngan cili sos.sodap.cuba jangan tak cuba.harga berpatutan.


Korang pernah cuba fish finger tak?

Monday, July 26, 2010

Udang dan laut

Peliharalah laut seperti kita menjaga darat.Laut pun perlukan perlindungan.kalau tidak, tak mustahil satu hari nanti akan terbina kubur dasar laut.Terumbu karang akan musnah, jika manusia membuang sampah, seperti plastik, kerana plastik adalah satu benda yang tak boleh lupus.Kerajaan kena memandang serius benda-benda cam ni, kalau tak dibendung dari sekarang , dasar laut kita musnah cam tu saja.Okey dah lama aku tak update, sebab terlampau sibuk kebelakangan ni, ngan bisness kecil-kecilan.ingatkan nak tinggalkan dunia blogging ni, tapi tak bolehlah plak.cam sambal belacan, lagi pedas, lagi sodap.Semalam minggu, laki aku pergi menangkap udang.Adalah dapat sikit, cukuplah buat lauk untuk 2 hari.

Layan gambar firdaus ngan hasil tangkapan .macam-macam aksi .














Layan gambar Ah seng(kawan laki aku) ngan hasil tangkapan.







Ah seng cover muka yang encem tu.



Hasil tangkapan anak udang je.





Biasanya simontel tu suka makan nasi goreng cina.

Jadi hari ni kita masak nasi goreng cina ngan udang yang banyak sebak tamak mengusai diri.kwang kwang

resepi dia simple je.

1) telur 2 biji
2) nasi sejuk
3) bawang putih cincang
4) minjak bbijan
5)black pepper
6)kicap cair
7) sos tiram
8)udang tadi lah apa lagi

kalau suka boleh letak sayur, rumah aku dah tak de sayur, jadik kosong jelah.



Tamakkan.Udang baru yang pasti, tak boleh kopek kulit.kerat kepala ngan ekor je.



Tumis bawang putih cincang sampai naik bau.lepas tu masukkan udang tadi.udang dah separuh masak, kuakkan ke tepi.pecah kan 2 iji telur tadi ditengah kuali.goreng telur sampai garing .Kemudian masukkan nasi sejuk, ngan kicap cair.Last sekali bubuh black pepper , sedikit sos tiram, ngan 2 atau 3 titis minyak bijan.




Nasi goreng cina.



Banyakkan udang dari nasi.Si montel puas makan udang semalam.


KORANG SUKA UDANG ATAU KETAM?


Pesanan penting : Jangan lupa pelihara alam semulajadi.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina