Tuesday, October 18, 2011

Pi mai pi mai tang tu , nasi, nasi, nasi, ikan, ikan, ikan

Salam hari selasa.................




Rasa mengantuk plak hari ni, malam tadi tidur lambat galak bertwitt sangat. Hambekk ko. Oleh kerana dah janji ngan suami, nak masak nasi ngan lauk tuk firdaus sebelum gi keja, galaklah subuh hari aku bangun, rumah jiran kiri kanan depan belakang sunyi sepi, rumah aku je kedekung kedekang. kah kah ada aku kesah.

Tak tahu nak wat apa ngan Firdaus ni , masaklah apa-apa pun, last last cari nasi gak.Memang tekak orang melayu betul.Semalam suami cite, tengahari firdaus bukak tudung saji, nampak mee dia terus tutup tudung saji, lepas tu dia suruh suami aku check periuk nasi . Apa lagi cari nasi lah tu .

Pagi tu sebelum gi keja memang aku ada belikan dia mee goreng tuk sarapan, nasi ngan lauk pun aku ada masak gak tuk  dia makan tengahari. Terkejut boboylah tu, dia ingatkan aku nak bagi  makan mee sampai tengahari.

Subuh tadi masak simple simple je tuk dia, janji ada sikit sayur. Masa dorang semua kecik , aku memang suka sangat masak guna isi ayam atau ikan je, senang tak payah nak pantau time dorang makan sebab dah tak de tulang. Dari kaji selidik yang aku sendiri jalankan, kah kah kah, dorang lebih suka makan ikan banding ngan ayam. Firdaus lagi best, sotong, udang, ayam semua panggil ikan. Puas aku betulkan tetap sebut ikan. Lantak, janji dia bahagia. kah kah

Jom fokus masak.................


2 keping jenahak, kalau nak tukar dada ayam pun boleh...




Potong isi ikan dalam 2 cm, gaulkan ngan sedikit soy sauce atau kicap cair.



Sediakan tepung jagung atau gandum, celupkan isi ikan satu persatu ke dalam tepung, kemudian goreng.



Ni lah hasil isi ikan yang dah digoreng ngan tepung.



Bahan-bahan tuk masak sos.



sos cili Life lebih kurang 4 tbsp



1 cm halia dihiris bulat dan nipis-aku suka halia tua dan tak buang kulit (sebab pemalas, kah kah ).




Panaskan sedikit minyak buat syarat tu goreng bawang ngan halia. Goreng sampai naik bau, kemudian masukkan sos cili tadi. Biar sos bergoreng dalam minyak sebentar-ada kelainan rasa tau kalau dibiarkan sos tu.kah kah seriussss.Lepas tu , jangan lupa buh sikit air, 1/2 sudu gula, ngan cikit kicap cair-penganti garam.Masukkan isi ikan, kacau sebentar kemudian angkat.



Jeng jeng dah siap sesuai tuk kanak -kanak ngan org dewasa. kwang kwang

Mengoreng sayur kita , taugeh campur carrot goreng ngan sos lada hitam.



Sedikit taugeh nagn sedikit carrot.



Tumis hirisan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan 1 tbsp sos lada hitam. Masa menumis, kecikkan sedikit api.Bila semua naik bau, masukkan carrot, dikuti ngan taugeh, Jangan masak terlalu lama. Sebelum angkat buh sedikit kicap cair ngan sedikit air.



Jeng jeng dah siap taugeh + carrot goreng ngan sos lada hitam life.


Kenapa guna life? saja sokong kawan.kah kah . Kalau bab sos , aku suka life, kureng beli jenama lain..

Marilah sama-masa menyokong Life.kah kah.Jangan lupa masak isi ikan atau ayam sos tuk anak -anak , dorang pasti suka. Cam iklan plak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina