Monday, October 17, 2011

Pub & Grill-okey ke?

Salam hari senin.............


Semenjak dah dapat sijil sudah menghadiri kursus kesedaran tentang halal kat tempat keja hari tu, tetiba je aku bajet jadik perempuan muslimah sejati. Mencari halal tu memanglah fardu kifayah(yang dituntut dalam agama), yang aku blur ada plak orang yang sibuk nak cari halal *****.

Kantin -kantin kat kawasan tempat keja aku ni kebanyakkan taukenya orang Islam , tak de pun tepek logo halal ******, faham-faham udahlah.Kalau nak cari halal ***** pun tengok tempatlah kan. Tak kan lah kedai makan kecik yang kita tahu taukenya beragama Islam nak jual makanan yang tak halal. Kalau ada logo halal ****** pun, tak de masanya pegawai ***** 24 jam nak tunggu dorang masak.kah kah kah

Entry ni ujud sebab masa aku makan kat sini, ada orang yang komen ;

mungkin dia pelik sebab org melayu makan kat situ...restoran tu ada status halal ke tak kak.. saya pernah jugak kena macam tu sebab masa tu saya makan di restoran cruise yang biasanya memang bangsa dia yg banyak makan kat situ....lepas tu biasanya saya tgk tmpat nk makan.

Aku pelik kenapa boleh tanya soalan cam tu , tapi aku boleh rasakan pengomen ni kenal ngan aku. Biasalah , dah habit, suka  baling batu sembunyi tangan. kah kah kah.Dia tahu ke , atau aku nak cerita ke yang makan kat dalam restoran tu kebanyakannya orang bertudung yang bekerja ofis kat kawasan tu.

Restoran tu ujud masa aku kecik lagi. Aku pun tak faham apa yang dia nak cuba sampaikan. Aku tak marah, tapi kecewa sikitlah kalau bab halal menghalal ni jadi isu. ni sensitive tau. Dulu aku terasa hati ngan sorang blogger tu, gara -gara sesuka hati mak bapak dia nak komen cam ni "halal ke fishball yang akak makan tu". boleh gitu? Betulkan lah sikit bahasa tu kalau ye nak tanya pun.

Insyaallah lepas ni, mungkin aku tak kan tepek gambar makan ngan family , kalau tepek pun, aku pastikan restoran tu ada logo halal *****, gambar logo tu aku zoom betul bagi yang tak puas hati tu nampak. Habis tu dia mencari halal ***** .kah kah kah


Tak pe lah bagi yang tak puas hati tu,jangan risau makanan barat  yang aku tepek hari ni , masak sendiri, Insyaallah halal, keong keong.

Jom mengril lagi...............




Resepi kat sini, tapi kali ni aku tambah ceyenne powder kasi pedas lagi.



Perap semalaman.




Ayam grill , cam mana okey tak.Abaikan ayam yang dah kena kobek ngan firdaus.

Sayur sampingan tuk makan ala-ala omputih ni.simple je



selabu bawang besar potong dadu.



Lada bengala potong ikut suka



cendawan shitake segar potong ikut suka.



Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan kedua sayur tadi. Buh kicap cair ngan setengah sudu serbuk lada hitam. Jangan masak terlalu lama.



Jeng jeng cendawan shitake segar ngan lada benggala.





Suapkan aku pun okey gak. Jeles ngan firdaus. Manjalah tu. Dorang ni kejanya nak buli aku je.Mentang-mentanglah aku sorang perempuan kat rumah tu.



cau cin cau.

Mencari halal tu fardu kifayah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina