Thursday, August 30, 2012

Santau melalui makanan(tak wajib baca)

Salam Aidilfitri................


Syukur Alhamdulillah akhirnya siap jugak cheese tart untuk pengasuh Firdaus  . Rasa cam tak percaya je , hampir setahun lamanya aku tak memegang acuan cheese tart  . Ikutkan hati memang aku dah tak nak buat cheese tart...tapi demi  permintaan   pengasuh Firdaus yang mahukan  cheese tart untuk dijadikan cenderahati untuk majlis perkahwinan adik perempuan dia yang paling bongsu aku merelakan diri membuatnya.

Aku start buat crust cheese tart lebih kurang pukul 8.30malam siap sepenuhnya lebih kurang pukul 12.30 malam , berhenti setakat tu  .Buat apa yang patut , bersehkan diri lepas tu tidur. Aku menyambung semula projek cheese tart pada pukul 4.30 pagi  ; cuma tinggal letak jem blueberry ngan cheese je  semuanya selesai lebih kurang  pukul 7.15pagi .Syukur Alhamdulillah   bukan setakat dapat menyiapkan cheese tart untuk pengasuh Firdaus malah ada lebihan  cheese tart plak .Tak pelah ye lebih pun lebihlah nanti bolehlah aku agih-agihkan  kepada  kawan -kawan ofis yang terclose  .*sharing is caring*

Bukannya aku tak nak agihkan kepada  kawan yang tak close cuma aku terasa sedikit  malu sekiranya  kawan yang tak close  tak nak makan  cheese tart aku sebab  kawan tak close takut disantau melalui makanan.Statement tu  bukan keluar  dari mulut aku tapi keluar dari mulut seseorang jadi jangan salahkan aku sekiranya aku tak offer cheese tart aku.la la la la. Tak payahlah nak takut  santau menyantau ni InsyaAllah kalau awak tu sembahyang 5 waktu sehari semalam dan masih mempercayai akan kebesaran dan keujudan  Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT lagi maha mengetahui.*bangang orang yang tak percaya bomoh cam aku ni boleh santau orang*

Saper yang nak resepi cheese tart boleh pegi sini.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina