Geram arghh entah apa kenanya dengan Jalan kat Pelabuhan Barat atau Westport ni semedang sesak gila babi sepanjang minggu ni . Pada kebiasaannya bila jalan normal perjalanan dari westport ke rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit tapi bila jalan ni menjadi biul, bongok atau sesak ia akan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah aku sila jangan salahkan jalan, salahkan orang yang bertanggungjawab yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan segera pantas cekap atau apa sahaje perkataan yang seumpama dengannya" aku kata dalam hati . aku tengah marah niii sila takut.
Apa kejadahnya bila lori ngan container terbalik atau bila berlakunya kemalangan kecil atau besar lebih kurang pukul l petang atau 3 petang kat Westport ni kau baru terhegeh -hegeh nak clear/setel atau perkataan yang seumpama dengannya pada waktu matahari hampir menenggelamkan diri atau dengan lebih tepat lagi ketika semua orang tengah sibuk berpusu-pusu pulang ke rumah apakah kau ingat semua orang berpusu-pusu nak ke shopping komplek ke atau kau ingat kitaorang ni semua tengah syok main batu seremban atau galah panjang kat westport ni????????Entah kenapa setiap kali aku nampak kau didalam kereta bangang kau tu nak menuju ke tempat kemalangan setiap kali tulah darah aku mendidih masa tu mulalah habit buruk aku mencabut dan meletupkan rambut tu datang.
Bangang hari tu gara-gara jalan gila babi punya sesak (seriously babi pun tak gila macam tu) hampir 10 helai rambut aku tercabut. haishh susahlah aku nak mengawal kemarahan bila membabitkan hal kesesakkan lalu lintas ni. Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi di Westport ni jadi pada pandangan aku kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakkan dan menyediakan lebih banyak pengangkutan awam untuk ke Westport contohnya komuter dan bas.*sila undi saya dipilihanraya akan datang" Bukannya tak de bas untuk ke westport , ada tu ada tapi masalahnya sekarang bas tu kena naik dari stesen bas kelang tak kan ye aku nak ke kelang kot. Bas ni akan meronder ke kampung -kampung yang terdapat di dalam mukim Pulau Indah sebelum ke tempat keja aku ni memang sangat-sangat mengjengkelkan hati aku, lembu, kambing dan segala haiwan-haiwan yang comel dan cute. Kamonlah sementelaah stesen komuter kat westport ni dah ujud bila lagi nak campak dua tiga komuter kat sini , mana tau boleh kurangkan kesesakkan lalu lintas yang dah tahap hardcore kat sini ye dak.
Hakikatnya aku tak suka membebel tentang benda -benda dah basi yang telah pun orang ketahui sebelum ni tapi selagi aku tak muntahkan bebelan yang memang telah sedia basi ni selagi tulah aku rasa angin atau dalam istilah perubatan doktor ia dikenali gas akan bergerak-gerak dalam perut aku ni.
Berbalik bab tak masak ; Bila aku tak masak Pasar malam atau Restoran KFC atau mee segera menjadi sasaran utama aku.
set nasi green curry
Selalunya aku beli 2 set nasi untuk Firdaus dan suami aku je , diri aku tolak tepi aku memang tak makan nasi pada waktu malam.Tiba-tiba aku terdengar beberapa suara sayup-sayup."dietlah tu" excuse me aku tak diet cuma kalau aku makan nasi pada waktu malam nanti keesokan paginya aku susah nak bangun, badan plak terasa lemah semacam
cheesy wages wajib ada
kalau aku tak beli set nasi aku beli ayam KFC yang 5 ketul bahagian ? dah semestinya drumstik ngan thigh
Nasi ayam KFC*nampak sangat pembaziran berleluasa di sini*
sup nasi ayam
Dia ni macam biasalah kalau ngan ayam KFC senyum sampai menutup mata
Nasi ayam KFC boleh tahan gak sedap
Kalau pegi pasar malam aku beli nasi ?? ngan ayam berempah .Jangan tanya aku samada nasi tu sedap atau tak, seriously aku memang tak de jawapan untuk itu
Aku tak tahu kenapa setiap kali aku ke pasar malam , suami aku akan menyuruh aku membeli 2 keping ayam uncle bob versi pedas dan tak pedas? Adakah uncle bob mempunyai anak dara yang cukup ayu dan jelita?Adakah suami aku memiliki 50% saham di dalam syarikat ayam uncle bob?pilihan yang terakhir dan terdesak ; nasi lemak biasa dan RM3 sambal ikan bilis petai.
cukup cukuplah sudah kemerapuan aku hari ni.............dalam otak aku ada sambal ikan bilis, nasi kosong dan telur mata kerbau.....okey aku nak bergerak dan bertindak sekarang mengikut arahan otak.