Tuesday, December 6, 2011

Hati hiba mengenang ikan belanak

Salam hari selasa................


Rasa -rasa kalau buat tajuk novel tu okey tak?kui kui kui. Sabtu malam suami ke laut, balik petang minggu, balik tu dia bawak umpan sotong kurita, isi ikan mayong dan ikan kembung yang tak habis guna. Hasil tangkapan, dapat ikan belanak je , frust gak suami sebab dua minggu ni ke laut tak dapat hasil yang memuaskan hati. Aku tak kisah pun,ikan kecik ke ikan besau semua aku rembat .kah kah kah. Pada aku, yang penting suami selamat sampai kerumah.

Masa suami bagi kat tangan aku ikan belanak, suami ada tanya , samada aku pernah makan atau tak ikan tu. Rasa sesak nafas ni , dia tanya macam tu, tiba-tiba hati rasa hiba, ku usap-usap badan ikan belanak tu seperti mengusap kepala firdaus, keh keh keh , aku biarkan pertanyaan tu tergantung . Lepas siap goreng sotong atas arahan suami, aku ajak dia makan, aku duk sekali tapi tak makan. Dia nampak berselera dengan sotong goreng tu :~ )


Lepas suami habis makan , aku duk sembang dengan dia. . Aku bagi tau kat dia yang ikan belanak banyak meninggalkan memori indah dalam hidup aku, masa dulu arwah mak hanya mampu beli ikan belanak buat lauk bagi makan kami adik beradik. Masa tu ikan belanak tak mahal, rega lebih kurang RM4-5 sekilo je, tapi tau je lah , dulu RM4-5 tu besau nilainya. Sekarang ni kalau gi pasar, susah nak jumpa ikan belanak . Ikan belanak selalunya arwah mak goreng buat sambal, tak pun kuah asam tumis.

Ada sesetengah orang tak suka nak mengenang keperitan dan kepayahan hidup masa lampau, ada jugak yang kuburkan terus kenangan keperitan dan kepayahan tu. Aku lain, pada aku setiap detik keperitan dan kepayahan hidup masa lampau adalah memori yang paling indah dalam hidup aku, setiap detik tu akan aku kenang hingga keakhir hayat InsyaAllah.Entahlah aku pun tak tahu kenapa ?, setiap kali mengenang masa lalu bersama keluarga tersayang , yang dah lama pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya, setiap kali tu lah hati aku jadi riang ria di hari raya. kah kah kah. Pendapat aku lah kan, apalah guna wang ringgit berjuta-juta, harta menimbun-nimbun, sekiranya tak dapat membahagiakan orang yang kita sayang : (



Ikan belanak, ikan yang banyak meninggalkan memori terindah bersama keluarga tersayang yang dah pergi buat selama-lamanya.



ikan kembung , sotong biasa dan sotong kurita.




Sotong goreng tepung



Buat geli-geli cicah ngan sos cili.




Air peberet Firdaus teh bunga , selain dari air ribena . Aku ambik gambar dia, sambil dia sedut teh bunga ,dia nyanyi nyanyi ngan joget sekali ,aku amat amati nyanyian dia, ingatkan nyanyi lagu apa, rupanya "JANGAN JADI KELDAI DADAH" ulang banyak kali. Sabau je lah budak ni , pengaruh tv lah tu : )

Ada setengah -setengah iklan tv yang tak masuk akal langsung, jenuh pulak aku nak menjawab dengan Firdaus , budak-budak sekarang ni semua cerdik -cerdik belaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina