Wednesday, December 21, 2011

mengeluh, mengadu, meluahkan perasaan, tak bersyukur ke? episod tangan lemah

sambungan episod pagi tadi , tangan ku lemah, malam tadi basuh 2 baldi kain baju guna tangan sebab washing machine dah barai .Mulai sekarang aku kenalah memberus kain baju guna tangan macam dalam iklan sabun tu "memberus dengan begitu teruk sekali?, sambil kesat peluh didahi.hua hua hua. Aku cuma meluahkan perasaan, bukan mengeluh, jauh sekali tak bersyukur? biasalah setakat berus kain baju dua baldi tu, apa ada hal, tak kan dolu-dolu boleh, sekarang tak boleh, lagilah masa dolu berus kain baju dua tiga besen besau .



korang ada ?, aku ada. Masa dolu-dolu , tempat cuci kain ni aku guna kayu, tapi kayu biasalah cepat reput bila selalu duk berendam dalam air.



Rendam dulu ngan sabun, malam nanti masa nak mandi berus sekali. Pandai lah ye kalau dah tak de washing machine, setiap kali mandi ,basuh baju sekali, jadi tak de lah terasa sangat penat . Bagus jugak basuh kain baju guna tangan, selain dari boleh kurus,boleh pecahkan lemak bawah lengan , bilik air korang pun akan bersinar sentiasa , motip nak sedapkan hati sendiri : ) kah kah kah

Nak meluahkan perasaan boleh?, bukan ngadu tau, ada satu pengomen wanita mengomen , katanya aku dah lama tak jengah blog dia . Aku sentap baca komen dia, sebabnya aku hari-hari baca blog dia, cuma aku tak mengomen je. Semenjak tu aku dah malas nak baca blog dia, rasa benggang pun ada, dia ingat kita ni banyak sangat ke masa nak mengomen, syukurlah je lah , kalau ada orang yang sudi baca blog kita tanpa mengomen, ye dak.

Kenalah ingat tak semua orang punya banyak masa, contohnya aku, tak de banyak masa pun sebenarnya, aku cuba curi-curi masa pegi blog kawan-kawan time keja ngan tengah malam bila dah selesai buat keja rumah. Nasib tak baik aku tak dapat jenguk setengah blog kawan yang URLnya kena blocked kat ofis , macam blog Fara, pok amai-amai, daddy ziyyad, Dee, CT Noralzah Arls dan beberapa blog lagi.

Janganlah kerana orang tak mengomen kat blog kita,kita nak geram semacam, ye dak? Pada aku komen tu tak lah berapa penting sangat , kalau tak sempat nak mengomen, datang baca atau jengah blog kita pun dah kira okey, itu pendapat aku. Lain orang lain dia punya ragam, ada yang tak kisah pun sama ada kita baca cerita dia atau tidak, yang dia nak, janji kita komen.

Aku tak suka pulak cara cam tu, nak komen blog aku, kena baca dan faham dulu,bukan sekadar mengomen, nak harap aku datang mengomen balik, bak kata Arianna you must read the whole story to understand me, rasa tak sabar nak tahu kesudahan cinta arianna ngan kevin, blog dia dah lama aku ikuti dan baca, ada gak tinggalkan komen sesekali, aku tak tahu pun samada dia pernah datang ke blog aku atau idak, pada aku tak de hal semua tu, apa yang penting kita buat sesuatu kerana minat , bukan mengharap sesuatu , bukan terpaksa atau dipaksa , barulah hidup kita bermakna : )


bye bye bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina