Saturday, April 7, 2012

killing two birds with one stone : pukul anak sindir menantu


Dua hari ni mood fasha berantakan, fasha bengang  ngan seorang kawan pompuan  ni, fasha kategorikan dia sebagai kawan yang paling hipokrit, pendek kata datang dia fasha tak undang, pergi dia fasha tak halau, dia je tak malu nak menempel kat fasha. Berani dia ,selepas merobek-robek hati fasha ngan belati tajam, boleh plak dia ngendeng kat fasha  semata-mata nak tunjuk sms yg bagitau anak dia  diterima masuk ke salah sebuah sekolah terbaekkk kononya. Anak fasha masuk unibersiti pun fasha tak kecoh.opsss Sudahlah sampai bila-bila Fasha tak akan lupa perbuatan dia yang  nak  tegur kesalahan  Fasha , tapi tujukan  kat kawan fasha, sedangkan  pada masa tu Fasha  berada kat tempat tu dalam jarak yang tak sampai 2 meter ngan dia.Apa dia  ingat Fasha ni patung cendana ke, tunggul kayu tak de perasaan , fasha dah tua bukan budak -budak kecik dia nak wat cam tu.. Kalau nak marah atau tegur Fasha , kenapa tak terus tuju kat Fasha, perbuatan dia tu umpama pukul anak sindir menantu. Jujur fasha katakan ,perbuatan  pukul anak sindir  menantu tu  , selalunya   dilakukan oleh orang -orang yang  tidak  bertanggungjawab dan hipokrit. 

Dulu kini dan forever  fasha anggap dia seperti lalang yang melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin, lebih tepat lagi dia pompuan yang tak de pendirian. Maaf cakap  perbuatan dia main sorong papan tarik papan ngan sesuatu tu, membuatkan  fasha bertambah +++  meluat ngan dia. Kengkawan ni bukan sorok papan tarik papan, buah keranji dalam perahu ye . Kelakar sangat bila fasha teringat perihal dia  yang nak letak jawatan tapi  bos tarik balik surat perletakan jawatan dia tu, kononnya bos sayang sangat ngan dia 
sampaikan tak bagi dia  meletakkan  jawatan. Sorry to say , budak kecik pun tahulah tujuan  dia nak meletakkan jawatan secara tiba-tiba tu , I don't like you (baca cam Shah Rukh Han mengejek Kajol dalam filem Kuch Kuch Hota Hai) 

Fasha salutelah ngan dia , orangnya pandai, berjawatan tinggilah juge, speaking berabuk -rabuk , tapi apalah guna semua tu sekiranya  tak pandai menjaga hati dan perasaan sesama manusia, lebih lagi sesama  muslim. Serius cakap Fasha tak suka sifat dia yang suka menegur dan marah  orang lain  tak kira tempat, manusia mana  yang suka diperlakukan begitu. Paling kelakar bila sorang  India tu bagi tau ngan dot dot "itu orang sekarang , talepon cakap omputih , semua pun cakap omputih", patut pun  dia cakap cam tu, bila ada je orang baru yang berkelulusan ijazah diterima masuk  kerja kat tempat dia, mulalah dia nak mengerek-gerek, cakap omputih berabuk-abuk sampai terpeliot lidah sorry to  fasha meluat ngan orang melayu sesama melayu bersusah -payah  sampai terpeliot  lidah nak cakap omputih. Fasha tahulah  budak baru tu  berkelulusan tinggi dari dia, kenapa dia nak rasa  rendah diri  .Fasha naik segan plak bila  nengok budak baru yang fasih berbahasa english  membalas percakapan dia dalam Bahasa Malaysia, dia tak  rasa ke yang budak baru tu walaupun fasih berbahasa english tapi lebih selesa mengunakan Bahasa Malaysia.  Saat -saat cam tu mulalah fasha nak nyanyikan lagu  "GUNALAH BAHASA KEBANGSAAN KITA"  tuju kat dia.

Lawak paling kelakar , dengar perbualan dia  ngan kengkawan opis , masa tu  dia  baru je  balik dari rumah kawan dia  yang duk luar negara , 

dia : barang yang dalam petiais rumah kawan aku tu , tak de dalam peti ais rumah kita , dalam peti ais rumah  kita penuhnya  sos cili ngan botol kicap je. Kelakarkan dia  bajet nak bagitau  benda bodoh ngan fasha. Lagi satu fasha pelik ngan dia suka nak kecoh bagi tau ngan semua orang yang kebanyakan kawan-kawan dia  berjawatan tinggi. Satu hati  tu fasha ketawa hampir nak menitiskan air mata bila dia  cakap kat  Fasha "fasha, aku tengok kat facebook ko ,kawan ko ramai  gak peguam ye". Dalam hati fasha  "ko je bajet bagus nak bagitau semua orang sapa kengkawan ko".*tangan urut dada, mata pandang kat atas*

Dah lah fasha malas lagi naik ingat pasal dia,  sekarang ni hati fasha dah lega sebab dah luahkan semuanya kat sini. Fasha harap sangat dia baca luahan hati fasha ni, semoga dia berubah kepada bentuk asal. kah kah kah 
Rilek rilek lepas ni fasha nak fokus memasak, sekejap lagi anak-anak fasha balik "mak saya datang nak makan", cam terngiang-ngiang je suara anak-anak fasha.Fasha cadang nak masak, tomyam, kangkung goreng belacan ngan asam  pedas kepala ikan(kepala ikan masak asam pedas tu request by yuyi, selepas  baca cite fasha kat sini) oppsss tertulis bahasa omputih plakkkk



sapa fasha?fasha ngan memon adalah orang yang sama,  saje bajet retis ,tu yang guna nama Fasha .


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina