Tuesday, May 29, 2012

Ayam & ikan bakar black pepper "sedap hingga menjilat siku"

Salam kengkawan


Ingatkan tadi nak guna perkataan "sedap hingga menjilat jari" tapi takut kena saman plak sedap hingga menjilat siku lagi mantapkan.

Jangan nak membebel panjang  petang petang hari ni , jom kita masuk dapur ...................

Bahan perap untuk separuh ekor ayam dan 3 ketul ikan pecah periuk.

Bahan kisar ; 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + 2 cm halia
1tbsp kicap cair
1tbsp brown sugar
2tbsp lada hitam dikisar sederhana halus
1tbsp sos tiram

Perap ayam dan ikan bersama bahan perap selama 3 jam atau ikut suka berapa lama  korang nak  perap.Kelar-kelarkan di bahagian yang agak tebal terutama di bahagian peha.
Bakar ayam pada suhu 190 darjah celcius selama 1 jam . Lebihan bahan perap tu korang simpan nanti boleh  campur  kat dalam black pepper sos .

Sementara menunggu ayam kita masak marilah ikut saya  menyediakan black pepper sos seperti yang saya janjikan pada minggu lepas ; ceh ceh wah ada cam pengacara rancangan masakan tak.la la la la
 Periuk untuk golongan marhaen

Bahan-bahan untuk black pepper sos

1) Lebihan bahan perapan
2)2 tbsp sos tiram
3)2tbsp sos tomato
4)3 tbsp black pepper yang dikisar sederhana
5)1 kiub pati ayam
6)2tbsp brown sugar
masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih.Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan air tepung ubi.

Simpan black pepper sos dalam esbok bagi tahan lama.

Cara hidangan curahkan black pepper sos kat atas ayam bakar tadi kemudian  ngap.ni untuk suami dia sesuka hati je buh kobis goreng kat tepi ayam.dengkilah  tu  cis  menganggu konsentrasi aku nak ambik gambar ayam je.


Aku suka ikan dah tentu tentu aku pilih ikan bakar yang dicurah kat atasnya black pepper sos.




Sekadar luahan hati


Sebelum mengata orang tu tengok tengoklah diri awak tu  dulu. Hampir nak keluar tahi telinga aku ni.la la la







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina