Sunday, September 9, 2012

Hari minggu aku ; Twice baked cheesy potatoes recipe

 Seperti mana yang telah aku janjikan tadi ..... dengan pantas aku  tunaikan.tarak  tipu punya. Tak sempat makan bihun goreng sampai lebam, suami aku laju je  tanya bila aku dah bakar kentang. Masa dia tanya   tu jarum jam baru menunjukkan pukul 9 pagi punyalah excited macamlah  selama ni aku tak pernah bakar kentang. Bila dia asyik tanya pasal kentang aku yang sedang  menghadap blog tak senang duduk .Aku rasa lah   sebelum dia meroyan  lebih baiklah aku tunaikan hasrat hati dia  .la la la meroyan!!! semua orang  dalam rumah ni teruja ngan kentang.
Aku menggunakan  US potatoes untuk membuat twice baked cheesy potatoes 
Perkara pertama harus kita buat sebelum membakar kentang

1)Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius
2)cuci berseh kentang kemudian  keringkan kentang mengunakan towel berseh 
3)cairkan sedikit butter ngan bawang putih cincang(butter garlic-tetiba je aku nak translate)

Peringkat kedua
Susunkan kentang yang dah siap dicuci dan dikeringkan kat atas tray yang dah dilapik ngan aluminium foil. Cucukkan-cucukkan kentang ngan garpu   kemudian lumurkan kentang ngan sedikit butter atau olive oil. Sebelum dibakar  taburkan  ngan sedikit garam
 Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 45 minit
Bahan sampingan lain
 Mixed herb 
sedikit   Cheddar cheese
cheddar cheese tadi dipotong sederhana besar
 sesudu kecil   ground black pepper 
 sedikit fresh milk

Peringkat ketiga
Kentang yang dah dikeluarkan isinya
Belah dua kentang yang dah dibakar selama sejam tadi mengunakan pisau yang tajam kemudian keluarkan isi kentang  dan masukkan ke dalam mangkuk
 Lenyekkan atau kisarkan  isi kentang bersama fresh milk , ground black pepper dan cheddar cheese.
Sumbatkan isi kentang tadi  ke dalam kulit kentang kemudian letakkan  sedikit butter garlic(butter yang dicairkan ngan  bawang putih) di atas kentang serta taburkan sedikit mixed herbs sebelum dibakar . 
 Bakar lagi dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit
Twice baked cheesy potatoes setelah dibakar  selama 25 minit
 Teruja ngan kentang haruslah letak banyak gambar kentang 
 Sedapnya rasa twice baked cheesy potatoes ni, korang semua mesti cuba kat rumah ye, kalau tak cuba aku babab
Cadangan menu untuk open house ; Twice baked cheesy potatoes *bajet omputih*
Pada sesiapa yang bercadang-cadang nak buat open house tu bolehlah cuba masukkan twice baked cheesy potatoes dalam  menu open  house korang.Lagi pun ia mudah dipanaskan , tutup je kentang ngan aluminium foil kemudian bakar dalam oven selama 5 minit ke 10 minit.
 
Firdaus memang peminat tegar kentang  terutama hash brown.
Hari ni tak de nasi , boleh gitu makan kentang je.


Penat tau aku tepek resepi ni , korang mesti cuba ye. Okeylah hari pun dah nak hujan ingatkan nak buat butter cheese cake tapi malas plak.Tengoklah dulu kalau rajin nanti aku buatlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina