Thursday, October 20, 2011

Lelaki berpayung, apakah pendapat anda? cerita pasal sotong.

Salam hari rabu......................

Isu lelaki pakai payung?

Tak tahulah aku nak cakap apa, kang cakap terlebih ada plak lelaki kat luar tu kecik hati. Dorang hanyam mulut aku nanti. kah kah. Kalau time hujan dorang pakai payung okey lagi, kalau time panas dorang pakai cam lain macam je, cam sotong pun ada, larikkkkkkkkkkkk.

Kalau Time hujan , aku ada gak pesan suami ngan penuh kasih(kah kah kah) suruh pakai payung , takut pening kepala kena hujan , dia boleh sound aku balik "tak macholah pakai payung". Kuang hajarkan. Mulut dia tu kekadang boleh tahan gak cam LAN***, apa , apa dia? , tu landaklah.









Firdaus boleh dimaafkan sebab masih kecik, lagipun masa tu hujan.Masa ni nak gerak gi klinik , kebetulan gerimis, tu yang aku suruh dia pakai payung, takut selsema dia menjadi-jadi plak nanti.

Cerita pasal sotong teringat kisah Firdaus malam tadi;

Firdaus : Mak , gelikan kan kaki Firdaus ( dia ni spesis , kalau nak tidur suka orang gentel kaki)Aku malas nak layan, sikit-sikit bolehlah, suami aku je bertindak mengikut arahan)kah kah kah .

Mak : alah mak nak tidolah, dekat nak pukul 12 , esok mak keja.

Firdaus : Tak de pun buat sotong, mak tahu buat sotong?

Mak : Mana mak tahu, sotong yang makan tu tahulah.

Firdaus : Firdaus tunjukkan sotong tu ye.
Dia terus bangun , suruh aku pusing belakang, dia karate karate belakang aku. sedap gak dia buat, terasa.La ni ke sotong, dah tua ni baru aku tahu urut cam karate karate ni namanya sotong.kah kah kah

Aku : stop stop mana ko belajar buat sotong ni (ngan muka serius)

Firdaus : mama ngan papa (merujuk pada pengasuh dia) yang suruh firdaus buat kat dorang.

Aku : his tak boleh jadi berapa lama dorang suruh buat sotong tu. (dalam hati takut dia kena dera-kejikan aku)

Firdaus : tak lama mak dalam 20 beberapa jam. firdaus suka buat sotong kat mama papa.

Aku : menjerit apaaaaaaaaaaaaaaaaaa 20 beberapa jam(ketawa berdekah-dekah)

Macam -macamkan budak-budak ni.

Oleh kerana petang tu firdaus dah habiskan isi ikan masak sos, gigihlah petang tu sambil gigil menahan sakit , masak lagi isi ikan atas permintaan dia.Kali ni isi ikan goreng cili ngan halia.

Korang perasan tak, aku ni spesis dah bebel panjang pun last last cerita pasak masakan gak. tak boleh pakai langsung.kah kah kah


Resepinya kat sini,, jangan malu jangan segan ambiklah sesuka hati.kah kah .Terkurang terlebih kira halal ye.


Sepatutnya cam ni, terpaksa aku kurangkan bahan-bahan yang berunsur pedas dan berkicap, sebab mengenangkan Firdaus selsema ngan batuk,




Ciankan , dalam duk sakit sepinggan gak habis nasi dimakannya. kah kah kah janji ada ikan , tak sihat tolak tepi, makan mau.


Selamat berjumpa lagi dilain rancangan , cam tergoda plak sotong goreng kunyit ratu siput. nak sotongggggggggggggggggg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina