Sunday, March 18, 2012

Blog rakan maya

Salam kengkawan............



Hari ni aku tak kemana-mana duk lepak makan mangga sambil goyang-goyang kaki, tangan plak duk laju mengupdate blog list rakan maya, sebenarnya blog ni dah lama ujud, cuma  asyik  tergendala je kerana kesibukan aku  , malam tadi baru  blog tu terlaksana, itu pun tak 100%. Aku sedang mengumpul banyak lagi blog nak dimuatkan kat dalam   blog list rakan maya aku tu , tungguuuuuu.Jangan malu jangan segan, bila korang ada kesempatan, sila-silalah jengah blog list rakan maya aku tu.

Alhamdulillah pokok mangga tanpa belaian mesra dan limpahan kasih sayang dari tuan rumah, membuahkan hasil yang lumayan banget. Petang semalam aku petik dua biji, yang sebiji aku peram dalam tong beras, lagi sebiji aku hiris-hiris makan ngan kicap + cili padi + gula, masa zaman arwah mak , kicap cili tu aku buh belacan sikit, sekarang ni aku tak buh belacan takut suami aku tak biasa makan.


Mangga yang ni aku peram dalam tong beras, seminggu lagi sedang eloklah masaknya.



Mangga ni makan ngan kicap + cili api+ gula

Tengok kicap ni je dah meleleh air liur, aku tak delah feverat sangat ngan mangga cicah kicap ni, suami aku je berhantu ngan benda masam masam cam ni : )



Mengunungkan mangga ni , puaslah suami aku makan, duk ulang sampai malam.



Budak berlagak


Budak berlagak ni bagi tau yang kicap ni pedas sangat, pada aku biasa je.



Aku bagi Firdaus  cicah mangga ngan gula icing + sedikit garam , dah dia sibuk kata kicap tu pedas. Dia tak makan banyak pun, dia cam aku gak, tak suka sangat benda-benda masam ni.



Sekarang ni firdaus ngan yuyi tengah selsema dan batuk, cam bergilir plak : )


Jumpa lagi dilain hari dan waktu, InsyaAllah, hari ni aku nak menyibukkan diri  mengupdate blog list rakan maya aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina