Thursday, March 29, 2012

cekur & pecal dan memon

Memon ingat lagi, dulu masa kecik-kecik dalam lingkungan umur 9-10 tahun , memon bantu arwah mak berniaga di pasar ramadhan , menjual kuih muih tradisional ngan pecal,Alhamdulillah, selalunya habis terjual.Entah kenapa setiap kali terpandang pecal, memon teringatkan arwah mak. Pecal ni sinonim ngan orang jawa, tapi arwah mak bukan jawa, jiran-jiran kampung dia dulu  banyak orang jawa. Kenduri kendara orang jawa best meriah ngan makanan kadang tu sampai tak termakan, dorang hidup penuh muafakat dan saling kenal mengenali sesama jiran.


Cekur ni memon tanam kat depan umah. Selalunya cekur ni arwah mak buh dalam kuah pecal, katanya untuk buang angin dalam badan. Elok amalkan makan cekur, buat ulam sedap.

Entah apa yang Firdaus ingat, petang semalam dia boleh suruh aku beli pecal kat pasar malam . Pecal zaman sekarang siap ada timun lagi, kuah pecal dah siap bungkus dalam plastik.Masa arwah mak berniaga pecal, bila orang nak beli pecal baru arwah mak bancuh kuah pecal ngan air panas.Arwah mak dah stand by  simpan kuah pecal  kering  dalam  tin milo yang kosong.

Bukan setakat timun je ada dalam pecal tu, nasi himpit pun ada sekali.cam ni pun boleh. Pecal arwah mak guna taugeh ekor pendek,pucuk ubi ngan kacang panjang yang dicelur je.



sate ni kawan memon jual 50sen secucuk. Kenapalah sate sekarang tak rasa jintan manis dan bahan perapan, gula merah pun tak buh. *banyak songehlah memon*


Nampak tak budak yang tengah syok makan pedas,  dia ni berhantu ngan pedas sekarang ni .Aku suruh dia makan pecal tu , tak nak plak. First time dia beli makanan tapi tak makan. Itu yang aku rasa something wrong samewhere, entah apa makanan yang dia  fikir  sebijik cam bungkusan pecal. Aku tanya makanan apa yang dia nak  serupa cam bungkusan tu, dia geleng kepala plak.


sapa suka pecal????????????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina