Wednesday, July 25, 2012

nasi tomato? aku terus jadi perempuan yang berkira-kira ............................



Nasi tomato RM5/pack

Salam Ramadhan.................

Petang semalam bermulalah diary aku  membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadhan.Alhamdulilalh semakin aku berumur ni semakin pudar penyakit rambang mata.Kalau  pegi pasar ramdahan aku bajet RM15 ke bawah untuk membeli juadah berbuka puasa , bajet akan menjadi lebih tinggi bila yuyi yang belanja.la la la

aku mengaku yang aku akan menjadi perempuan yang berkira-kira bila  harga makanan yang aku beli tu  mahal sedangkan makanan tu makanan yang biasa-biasa je terutamanya  nasi tomato. Lagi-lagilah nasi tomato serupa macam tu aku boleh beli  RM3.50/pack kat gerai pasar ramadhan kepunyaan monica lawensky .

Satu lagi benda yang buat aku jadi perempuan berkira-kira bila aku menjadi redho dalam terpaksa  membeli  sebungkus air blue lemon untuk Firdaus. Seingat aku inilah kali pertama aku beli air ni.Paling kelakar masa berbuka puasa suami aku kata kat Firdaus "esok suruh je mak buat air cam ni , ni mesti air dia  buh kaler biru lepas tu dia perah lemon jus." "agak tinggi juge  confident level  suami aku ni,"aku kata dalam hati .


sekadar luahan hati

apa-apa pun berkira-kiralah secara bersederhana *ayat cam harem tapi penuh makna* 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina