Monday, August 6, 2012

Air kelapa laut ......................


Salam Ramadhan.................

Sepanjang bulan puasa  kat westport ni tak pernah lekang dengan traffic jemnya.......fed up walaupun syarikat aku bekerja ni bagi kelonggaran pada  semua pekerja yang berugama Islam   balik keja seawal  pukul 5 rasa cam tak bermakna je  bila aku sampai ke rumah sama cam  waktu sebelum bulan puasa hanya kerana  dek  traffic jem . Yang menjadikan aku benggang   setiap kali berlakunya traffic jem di westport ni, puncanya  adalah kerana  perkara-perkara yang macam arghhh  contohnya lori atau kereta rosak yang mengalami kerosakan kecil, jalanraya sedang dibaiki atau yang lebih membenggangkan aku  ada beberapa kali  kenderaan rosak  di waktu tengahari tapi sampailah  ke waktu aku keluar opis pukul 5 masih belum disetelkan  .............arghhhh malas nak pikir jadi benggang dibuatnya. Pihak yang berkenaan silalah lakukan sesuatu ye.

Petang Jumaat tu yuyi ambik aku kat opis , masa aku keluar dari opis tu lebih kurang pukul 5 petang  sampai kat pasar ramadhan kat area pandamaran lebih kurang pukul 6.45petang, biasanya kalau tak jem   perjalanan dari westport menuju  ke pandamaran tu hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit je .Korang bayangkanlah sendiri dia punya jem. Masa tu  aku sampai rumah dah dekat dekat nak  waktu berbuka puasa.

Masa kat pasar ramadhan tu aku terjumpa sebuah gerai yang menjual  air kelapa laut  bila sebut kelapa laut otak aku menerawang ke ubat batuk  cap kelapa laut. Inilah first time aku minum air kelapa laut , sedap gak  kat hujung- hujungnya ada sikit rasa ubat cap kelapa laut.Baru aku tau yang air kelapa laut ni banyak khasiat dan manfaat salah satunya boleh  menyembuhkan batuk selebihnya anda dikehendaki mengoogle sendiri .jangan marah........

Tak senang aku nak ambik gambar, ada je tangan yang nak interframe.
lagi simamat ni nak interframe, dia pun nak beli air kelapa laut gak memang aku tak boleh buat apa lah kan .Maaf ye ada kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan, korang nampakkan tulisan air kelapa laut disitu.
Kasihan yuyi  terpaksa beratur  menunggu  giliran nak bergambar.la ni je ke hasilnya?.Masa ni gula-gula hack tunggu dalam kereta, Firdaus plak kat rumah pengasuh.



Ingatkan petang nanti nak pegi BS bakery  beli barang-barang nak buat biskut InsyaAllah nanti senang kita jumpa lagi ye.


Sekadar luahan hati

Sedih gak Datuk Lee Chong Wei kalah ngan Lin Dan, tapi aku redho bagi aku dia kalah bermaruah  dia dah cuba sedaya upaya kalau dah tak de rezeki nak buat cam mana ye dak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina