Bila aku pandang bihun sup makanan kegemaran suami tetiba aku teringat perbualan tiga hari lepas dengan seseorang melalui telefon , kat sini seseorang tu aku namakan dengan A ye
Perbualan ni agak complicated tapi aku ringkaskan.............asalkan maksud yang cuba aku nak sampaikan mudah difahami
A : masa akak sakit bapak firdaus marah tak kalau akak tak masak?
Aku : (konpius)saper bapak firdaus?
A : alah suami akak.
Aku :"first time ada orang berminat nak tanya pasal suami aku ,"aku kata dalam hati. suami akak ni senang nak di jaga , dia tak kisah pun samada akak masak atau tidak. kalau dia balik keja dia tengok akak tak masak , dia masak je maggi. kat rumah akak ni sebulan 5 kg beras pun tak habis
A : senanglah akak cam tu.suami saya ni dia bukan pedulik samada saya sakit atau tak dia tahu saya mesti masak. Dia dah biasa makan nasi, pagi tengahari malam dia nak makan berat -berat.
Aku : haish akak paling takut nak bercakap pasal anak dan suami orang lain . Kau tahu tak setiap orang ada kebaikan dan keburukan tersendiri ,suami akak pun ada keburukan tersendiri jadi bila dia dah jadi suami kita , kita kenalah redho setiap kebaikan dan keburukan dia . Biasalah tu suami ko dah biasa-biasa makan yang berat-berat kot layan jelah tapi kalau ko tak larat nak masak tak kanlah dia nak marah kot.
The moral of the story ; terimalah seadanya baik buruk pasangan masing-masing.Kalau dalam hati dah ada rasa benci dengan pasangan kita , mengadulah pada Allah SWT bila kita mengalami sesuatu yang buntu dan yang tidak ditemui jalan penyelesaian
kita tinggalkan dulu perbualan yang tak berapa penting tu, marilah kita memasak bihun sup besa-besa dan simple.
.
Aksesori bihun sup
Kicap cili*abaikan biji cili yang berterabur*
6 biji cili api dikisar dengan seulas bawang putih kemudian dimasukkan ke dalam bekas dan dicampurkan dengan kicap kipas udang lemak manis.*
bihun yang telah dicelur dengan air panas dan dilalukan sekejap dibawah air paip atau air sejuk untuk mengekalkan rupa paras bihun *sengal bihun pun ada rupa paras ke?*
hirisan daun sup dan bawang goreng
Bahan-bahan sampingan untuk membuat sup besa-besa dan simple
dua ekor sotong yang dah siap dibersehkan
fishball dibelah dua*nak wat cam mana pasrah jelah fishball hanya tinggal sebungkus*
3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih diketuk , dipecahkan serta dikupas kulit
bahan utama
Cara -cara membuat sup besa-besa dan simple
1)Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
(biar agak mendidih)
3)Masukkan sotong dan fishball -tutup periuk dalam seminit dua.-besarkan api
4)Sebelum diangkat taburkan ngan sedikit hirisan daun saderi dan daun bawang-kalau sup rasa boleh tambah sedikit garam.
sup besa-besa dan simple
suami punya
Kalau suka boleh tambah telur dalam setiap hidangan bihun sup
alo alo manisnya wajah Firdaus bila dapat menikmati bihun sup
syy jumpa lagi .................
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .