Monday, March 19, 2012

Top 10 Chinese fried rice kat Malaysia ke kat dunia ni?????

Sila abaikan tajuk aku yang #naikliftekansendiri, sapa lagi nak tekan , kalau tak kita sendiri tekan, tapi time ada ong ada orang lain tolong tekan.kui kui kui.Cite yang aku nak cite ni pasal Firdaus yang kemaruk sangat ngan nasi goreng cina, bawak je lah makan kat restoran mana pun ,pi mai pi mai tang tu tetap nasi goreng cina dalam ingatan #camnaksepak40kali, acah mak laboh, sepak dia sekali pun dah kena sound ngan suami aku, inikan plak nak sepak dia 40 kali, mau aku yang dulu kena sepak.

Jom lah melayan chinese fried rice aku yang top 10 tu, masak kan tuk anak korang, biasanya budak -budak kecik lebih kurang umur Firdaus suka nasi goreng cina ni, budak besar aku kurang pasti samada dorang suka atau idak . Mata budak-budak suka banget ngan makanan yang berkalerful cam nasi goreng cina yang aku buat ni #matikpujidirisendiri...........

Sebelum masak, kena sediakan bahan-bahannya dulu

Bawang putih 7 ulas , kupas dan cincang sederhana halus.

3 batang kacang panjang(ngam ke penjodoh bilangan tu?, maaflah bab penjodoh bilangan ni kekadang aku fail sikit) dihiris sederhana kasar, carrot 1/2 batang dipotong dadu.(sebelum dadu dan hiris , basuh dulu kacang panjang ngan carrot tu)

2 keping dada ayam dicuci lepas tu dipotong sederhana besar kemudian gaulkan ngan kicap cair dan sedikit tepung.

telur ayam sahaja 3 biji(korang rasa boleh ke guna telur itik ?)

Minyak bijan(aku guna golden cock forever) & kicap cair, 1 kiub pati ayam maggi-Semua ni sebagai penambah rasa.


Atenya dah namanya nasi goreng, mestilah bahan pentingnya nasi putih.



cara-cara membuatnya

1)Tumiskan hirisan bawang putih hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)Tumiskan sekejap 1 kiub pati ayam maggi(pecahkan kiub tu guna sudip ye).
3)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan carrot ngan kacang panjang tadi, kacau hingga sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan nasi sejuk,buhkan sedikit kicap cair kacau hingga semuanya bergaul, guna api kuat semasa mengacau nasi goreng, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan.Kacau, angkat dan sedia dihidang.

jeng jeng nasi goreng cina yang dah sedia untuk dimakan

Baik korang bagitau cepat , nasi goreng cina yang kat kedai semalam tu sama ngan cam nasi goreng cina yang aku masak sendiri #bajetcheflahsangat.



cuba jangan tak cuba, tak pe pelan pelan kayuh ye.kwang kwang kwang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina