Tuesday, May 15, 2012

ikan cencaru bakar-mesti korang jelak

Tima kasih pada cik ina kerana sudi meminjamkan gambar ikan cencaru bakar.ha ha ha

Dairy ikan cencaru bakar-perbualan telefon antara aku ngan anak
15/5/2012 11.00am

ring ring ring telefon berbunyi, anak aku dalam bahaya.

Yuyi : mak , ikan boleh bako atas pan tak?

aku : apasal tiba-tiba je nak wat ikan bako ni? alah terujalah tu nengok blog mak ada ikan bakar.Orang ajak makan tak nak. datanglah sini tengah banyak ikan ni

Yuyi : alah nantilah mak. mak, boleh tak bako ikan atas pan?

aku : boleh, ko kecikkan lah api masa bako tu. ikan apa ko nak bako?

Yuyi : tak tahu  , ikan belum  beli lagi

Perbualan terhenti seketika. sabau jelahkan cite bagai nak rak ikan belum beli lagi.

Yuyi telefon lagi lebih kurang pukul 12 .00pm

Yuyi : mak, ikan cencaru buang perut je kan

Aku : ya lah

Yui : lagi nak beli apa mak

Aku : belilah daun kunyit ngan limau

Yuyi : mak cam mana nak buat kicap cili  cam dalam blog mak tu?

(sah sah bukak blog aku tengok gambar je -aku kata dalam hati)

Aku : kicap kipas udang ko campur sikit kicap cair, cili api ngan bawang besar hiris kemudian perah limau

Yuyi : okeylah

Aku : ko kan ada cencaluk.makan ikan bakar ngan cencaluk pun sedap gak

Yuyi : adik tak makan cencaluk, malas aku nak buat.

Aku : ko buat tuk dia kicap cili sikit.ko makanlah ngan cencaluk

Yuyi : okeylah mak .

Perbualan terhenti. Malas nak kacau dia sibuk nak bakar ikan .

Pukul 1.40pm aku call yuyi tanya khabar ikan cencaru yang dia bako.

Aku : cam mana ngan ikan bako ko?

Yuyi : ikan bako tak jadi

Aku : ha ha ha ha first time aku dengar orang buat ikan bako tak jadi : (

Yuyi : ya lah mak memang tak jadi terkopek kopek buruk ikan bako tu.

Macam manalah ngan yuyi ni ? belajar buat sambal belacan sampai sekarang pun tak lulus lagi,hari ni belajar bakar ikan tak lulus gak. Sebelum masak dia selalu bukak blog aku tengok resepi ,kadang tu sampai letak lappy kat tempat masak . Kalau macam tulah   gaya dia  memasak , apa yang dimasak plak  tak menjadi  tak dapat den nak nolongnya.

Kita kena ada minat nak masak ni , ni  penting, bila ada minat nak masak  InsyaAllah nanti sedaplah masakan kita, kalau tak sedap pun janji boleh dimakan, ye dak.. Pernah gak beberapa kali aku masak dalam keadaan terpaksa  dan tak minat  seriyes hasilnya masakan aku tak berapa nak menjadi.....

Selamat memupuk minat memasak.kah kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina