Tuesday, July 3, 2012

anak , exam , Attitude

 Exam pertengahan tahun Firdaus dah  habis , result exam pun dah dapat. Result dia okeylah bagi budak yang jarang baca buku yang kejanya  24/7 asyik menonton cd  boboiboy , bak kata yuyi boboiboy terbaek dari ladang. Entahlah aku tak biasalah nak tertekan macam orang lain setiap kali anak dapat keputusan  exam. Apa je result exam yang dorang  dapat   tak kiralah dapat Catau B atau A, aku akan cakap okey je, siap bagi pesanan penaja lagi "nanti usaha dan usaha dan usaha lagi ye."la la la  Aku  jenis tak suka  paksa-paksa   anak baca buku ni, aku hanya bagi nasihat  sekali je  pandai  doranglah nak fikir  mana yang terbaek buat dorang.

Mungkin anak-anak aku ikut spesis aku kot zaman aku  sekolah  dulu memang aku  liat nak mengulangkaji pelajaran. Aku lebih suka bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu mengajar. Anak aku yang  no 2 yang sekarang ni duk unibersiti  dulu masa dia kecik nak tengok dia baca buku masa  exam pun payah. Mungkin dia pun guna keadah yang sama cam aku kot  .

Dulu   masa yuyi kecik aku garang sikit  lepas dia besar sikit aku  dah banyak cool .Bila aku fikir balik  budak sekarang dah cerdek tak sesuai  sangat kalau kita mengajar anak-anak dengan cara kekerasan . Kalau dah geram sangat tu besit ngan rotan sikit  bahagian kaki.la la la Firdaus dah lama tak kena besit ni dah banyak  lemak terkumpul terutama time dia tengah menonton cd boboiboy.







Firdaus kata  dengan  memberi nafas pada roket tu seperti mengisi minyak  supaya roket tu akan terbang ngan lebih laju aku iakan je aku teringat semasa aku masih kecik aku pun buat perkara yang sama.


Sekadar luahan hati

Aku ada sedikit bangga bila beberapa orang guru Firdaus  terutama guru bahasa Inggeris  Cikgu Khoo kata Firdaus  mempunyai attitidue yang baik.Alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina