Tuesday, July 31, 2012

kenalkan ni kak nam

Muka pucat baru lepas muntah berlambak-lambak

Harap maaf hari ni gambar -gambar berterabur.

Salam Ramadhan............

Sila percaya suami aku peminat tegar lengkong terutama lengkong merah alah alah lengkong kenduri kahwin tu. Petang minggu hari tu masa sembang kosong ngan suami aku ada janji ngan dia yang aku akan buatkan dia lengkong bila ada kesempatan. bangkai , suami aku boleh balas balik "ialah dah bertahun awak janji nak buatkan saya lengkong tapi tak buat pun." Aku malas nak ambik pedulik ngan jawapan klise dia tu , kalau tak keluar dari mulut dia ayat -ayat bangkai, tu bukan dialah tu.

Aku baru je beberapa hari ni tau yang selama ini suami aku panggil lengkong tu agar-agar.Patutlah masa aku mintak tolong suami keluarkan lengkong dari dalam esbok dia ambik masa yang lama nak keluarkan .Dia siap cakap "yang mana ada lengkong?, agar-agar je ada," katanya sambil mengeluarkan pinggan lengkong dari dalam esbok. suami aku kekonpiusan : ) suami aku ni bila kita bersembang pasal lengkong sirap mulalah dia teringat nenek India dia yang suka sangat buat lengkong sirap. kelakar baru tadi je monica bagitau aku yang hampir 80% pembeli lengkong
sirap dia adalah terdiri dari kaum India jadi ini bermakna benarlah kata-kata suami ku itu.larikkkkkkkk

Yes malam tadi aku dah merealisasikan impian tekak suami aku yang nak sangat makan lengkong sirap buatan air tangan isteri tercinta.pui pui. Balik keja aku terus singgah kedai beli agar-agar, sirap ros ngan daun pandan memang dah ada kat rumah aku.Sampai je rumah aku letak semua barang , jerang nasi dulu kemudian aku terus ambik Firdaus dari rumah pengasuh bawak dia pegi pasar ramadhan beli lauk pauk.

Masa ambik Firdaus ,pengasuh tu ada bagitau aku yang Firdaus tak nak makan nasi sebab dari sekolah tadi dia tahan muntah. Muka dia nampak sedikit pucat tapi yang geramnya dia diam bila ditanya , serba tak kena aku dibuatnya.Alhamdullillah nampak dia cam tu mujurlah dia nak makan nasi .Tapi aku rasa cam pelik sikit lepas makan dia kehulu ke hilir kemudian dia terus masuk dalam bilik ,baring atas katil sambil menutup muka dia ngan bantal. Sebelum tidur aku suruh dia pasang ubat nyamuk dia tak nak dia kata tak larat..Pelik ,jarang sangat perkataan "tak larat" tu keluar dari mulut dia.

Tak sampai 5 minit Firdaus baring dalam bilik dia bangun menuju ke arah aku, kelam kabut dia bukak seluar baju dia kata "mak saya dah tak tahan saya nak muntah." Kasihan Firdaus berlambak dia muntah semua yang dimakan tadi keluar balik..Aku sedih tak larat tak larat dia pun masih larat lagi bangun muntah dalam bilik air.Aku mandikan dan salinkan seluar baju dia kemudian aku bersehkan saki baki muntah yang ada dalam bilik air.

Masa Firdaus muntah tadi aku baru nak start menyuap nasi ke mulut.Bila dah jadi cam tu terus aku tak selera nak makan terus aku hangin.

Aku : kenapa firdaus muntah? kat sekolah tadi firdaus tak minum air panas mati ke?

Firdaus : Firdaus tak bawak botol air .Firdaus takut nak bawak.

Aku : kenapa tak bawak? kan mak dah pesan suruh firdaus bawak.

Firdaus : Cikgu Firdaus marah kalau bawak air.Cikgu kata kalau bawak air tak puasa.
Tiba je aku hangin ngan ayat yang last tu. Tak de ke ayat yang lebih sopan dan manis selain dari ayat menyaiko tu.Bukannya Firdaus nak makan, dia nak minum je, tak kan tu pun tak boleh kot.

Aku : dah dah dah tu jangan cakap lagi

Keadaan akan bertambah buruk bila aku berada dalam keadaan marah. Sampaikan suami aku siap warning aku sebab aku tak berhenti membebel pasal Firdaus muntah.Ye aku memang tak suka kalau anak aku tak sihat sebabkan dek benda yang tak munasabah & tak masuk akal. Masa tu gak aku rasa cam nak lempang muka cikgu tu.

Aku respek dan tumpang bangga jika ada ibubapa yang berjaya mendidik anak -anak mereka berpuasa dari usia semuda 5 atau 6 atau 4 tahun . Bukannya aku tak pernah didik anak-anak aku berpuasa dari usia muda cuma pendekatan mendidik aku tu light light je , rasanya aku lebih suka sekiranya anak aku buat sesuatu dengan rela hati tanpa ada rasa terpaksa lebih lagi dalam bab berpuasa pada pandangan aku yang kurang mahir agama ni eloklah sekiranya keinginan berpuasa itu terbit secara semulajadi. Apa ko ingat alam je semulajadi. *aku tak suruh korang sokong aku ye*la la la

Aku spesis ibu yang tak pernah atau tak suka membanding-bandingkan anak aku ngan anak -anak orang lain yang telah berjaya, kaya raya maupun yang cerdek pandai yang bersepah-sepah di luar sana. Aku tak pernah amalkan budaya memaksa , menyogok dan segala perbuatan bangkai dari segala bangkai yang ada dalam muka bumi ni masa mendidik anak-anak aku. Setiap ibubapa mempunya cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka the moral of the story sila hormati hak dan kehidupan peribadi setiap orang. Serius aku kalau dah mula marah cam haram jadah sampaikan suami aku kena baling pinggan atau apa -apa barang yang berhampiran ngan dia demi nak menyetopkan mulut aku dari terus membebel.*baca boleh percaya jangan*

Anak-anak aku semua bila naik je darjah dua tahu je dorang semua berpuasa penuh. Tak de plak sampai aku kena letak pisau kat leher dorang baru dorang berpuasa penuh.Aku hairan dizaman yang serba canggih ni masih ada spesis cikgu yang suka nak jadik kak nam?. Masa zaman aku sekolah dulu susah sangat nak jumpa cikgu yang kak nam kak nam ni. Ada satu hari aku rasa nak melelehkan air mata bila firdaus bercerita pasal sorang cikgu dia yang kak nam , serius aku tersentuh ngan Firdaus punya cite

Firdaus : mak hari tu cikgu suruh angkat tangan saper yang ada akak ngan abang .

Aku : Firdaus angkat tak?

Firdaus : angkat , tapikan cikgu kata Firdaus tak ada akak ngan abang.

Aku(mula sedih) : habis tu Firdaus cakap apa?

Firdaus : masa saya kecik akak ngan abang jaga saya lepas saya dah besar akak ngan abang pindah rumah lain.

Aku : sambil cium dahi firdaus.pandai pun firdaus jawab ."haish , tak sangka dia masih ingat yuyi pernah jaga dia masa dia kecik," aku kata dalam hati.


kak nam kan cikgu tu? apalah dosa budak besar tu yang ko nak pegi saiko cam tu sekali. Penting sangat ke ko nak bagitau perkara yang dah tentu -tentu tak de kena mengena ngan mak abah dan seluruh ahli keluarga kau.

Mendidiklah ngan cara yang betul jangan guna pendekatan menyaiko seperti "kalau awak tak puasa nanti awak masuk api neraka" kalau ko menyaiko cam tu aku yang tua bangka ni pun boleh takut lagilah budak berumur 7 tahun.
Cikgu cikgu sila gunakan pendekatan psikologi dalam mendidik anak murid boleh tak? Aku ni kalau dah saiko lain macam sikit kang kalau aku saiko cam mana.

Firman Allah SWT La ikraha fiddin (tidak ada paksaan dalam agama) ayat 256 surah Al-Baqarah) sila baca dan fahami maksudnya.

Bab agama ni aku tak moh cakap lebih-lebih sebab aku bukan insan yang selayaknya nak bercakap pasal agama cuma aku nak bagitau yang aku
amat menyayangi anak aku lebih dari aku menyayangi diri aku sendiri *undilah saya sebagai calon ibu mithali*


Berbalik pada cite lengkong : cam bangang dah marah boleh plak sambung cite pasal lengkong.

Resepi lenkong sirap-jgn derhaka ye

1)40gram agar agar strip-RM5 nohhhh
2)6 helai daun pandan -disimpul(daun pandan aku tanam sendiri)*edisi riak disitu*
3)3 liter air
4)gula pasir 450 gm
5)4 sudu besar sirap rose

cara-caranya

Satukan 3 liter air , agar-agar strip (gunting pendek agar-agar strip), gula pasir dan simpulan daun pandan dalam sebuah periuk .Didihkan atas api sederhana.Bila dah agak mendidih masukkan 4 sudu besar sirap ros .angkat , tapis dan tuang ke dalam loyang. Sekiranya dirumah korang ada acuan yang canggih manggih bolehlah korang tuang ke dalam acuan.mak ada loyang buruk je nak.


Sekadar luahan hati

aku meroyan tak pe sebabnya aku tak puasa.ha ha ha ha

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina