Wednesday, August 1, 2012

Juadah berbuka puasa hari ke 9-angin bertiup sepoi-sepoi bahasa-bak kata suami aku sekarang ni angin monsun

 Salam Ramadhan............

Bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mulalah mood memasak aku sampei.Maka terlaksanalah impian anak-anak aku nak berbuka puasa ngan makanan yang dimasak oleh mak mereka yeah  *nampak disitu yang time bulan puasa aku tak rajin memasak* Tak pelah nak mak masak kari ayam je boleh. "kari ayam pun kari ayamlah mak  janji mak yang masak," anak aku kata dalam hati.cis semangat tuk nujum anak kata dalam hati pun aku boleh tangkap.

Petang minggu  yuyi ngan gula-gula hack balik ke rumah dia sebelum waktu berbuka puasa. Dengar dorang nak balik awal , aku  pun masaklah  lauk  untuk berbuka puasa awal sikit  nanti  bolehlah aku tapaukan sedikit lauk pauk untuk dia bawa bawak balik ke rumah .

Sesekali makan  kari ayam pun sodap dijudukan plak ngan ikan masin , sambal belacan dan kobis goreng kata aku bukan kata orang lain ye kalau tak sedap jangan nak marah aku ye.
 
Bahan-bahan tumis
1)Sedikit rempah campur-halba, biji sawi, jintan manis +jintan putih
2)2 batang kayu manis
3)sedikit daun kari
4)1/2 inchi kunyit,1 inchi halia ,4 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih-ditumbuk
sekor ayam potong 16 dibersehkan dan digaram kunyit
bahan sampingan
Hasil kerja gula-gula hacks
3 biji kentang dipotong baji
sebatang carrot-dipotong ikut suka
sekeping asam keping
 
bahan-bahan  tumis
6 sudu besar rempah kari ayam-babas
2 sudu besar rempah kari ikan-cap giant
satukan kedua -dua rempah kedalam mangkuk   kemudian bancuh ngan air.
2 sudu besar cili kisar
 
Maaf ye masa gambar ni diambil  kelapa parut tengah membeku.1/2 biji kelapa parut tetiba je aku nak pakai santan plak.perahkan kelapa parut  dengan air suam untuk mendapakkan lebih kurang 500 ml santan.
cara-cara  membuatnya
1)Tumis bahan 1,2,3 dan 4 hingga naik bau.guna api sederhana
2)tumiskan rempah kari yang dah dibancuh ngan air dan dua sudu cili kisar  hingga pecah minyak
3)Masukkan ayam yang telah digaram kunyit.  kecutkan ayam hingga sebati bersama rempah tadi-guna api sederhana
4)buh kan santan  diikuti kentang dan carrot-biar sampai kentang dan carrot empuk
5)Sebelum diangkat buh garam, secubit kecil serbuk perasa dan  sekeping asam keping.




Jeng jeng  kari  ayam ku ko mampu hidang ngan periuk sekali, kalau arwah mak aku ada mau aku kena sound
 
ikan masin bulu ayam
kobis goreng
 
kalau ada yuyi wajib ada sambal belacan tapi malangnya masa tu dia tak dapat membedal sambal belacan dengan sesuka hati sebab dia tengah sakit gigi.ha ha ha


Sekadar luahan hati
(Amaran ; Aku tak akan bertanggungjawab diatas sebarang perasaan jelik , geram yang tercetus dihati/fikiran sesiapa yang membaca atau melihat)

Aku rindu disaat aku  duk berseorangan di opis ni, seronok tanpa gangguan sesiapa, kepala hotak aku pun tak serabut. Aku pelik ngan manusia ni dimulut tak suka duk kat ofis aku ni  dihati meronta-ronta suka suka.

blog ni dah jadi cam diary seharian  aku segala suka duka kehidupan pahit manis hidup aku (walaupun tak 100%) aku tulis kat sini .Aku tak paksa orang baca blog aku jadi sekiranya orang yang  di nyatakan didalam cerita aku tu membaca apa yang aku tulis , orang tu  rasa terguris sila jangan salahkan aku  life is all about options  ye dak. tepuk dada tanya selera.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina