Sila percaya yang cerita ni tak sepanas tajuk .la la la la Dah lama rasanya badan ni tak kena urut , dapat pegi SPA best ni tetiba aku rindu ngan urutan gadis indon di sini.Ekonomi tengah gawat tak boleh ke sana dong mau miss soru bulan ni. Tak pelah tak dapat pegi sana pun*ayat penyedap hati* gua dah jumpa spa baik punya lagi murah sesuai untuk golangan marhaen cam keluarga kami Sila percaya kalau tak percaya aku tak nak tunjukkan tempatnya.cer teka cer teka kat mana at 1 2 3 4 arghhh nasib baik korang percaya
Sebelum sampai ke rumah urut marilah kita menenang-nenangkan diri dengan melihat ikan koi &ikan kap (entah apa nama ikan tu pun aku tak tahu, aku bantai je)yang bebas berenang -renang ke hulu ke hilir tanpa gangguan.
entah kenapa dari tadi aku perhatikan cam tak nampak sekor ikan pun yang berenang-renang dalam air tu, cis tak pun aku yang rabun.
yeah inilah dia pusat urutan yang menawarkan harga berpatutan
RM1 -3 minit
RM5- 15 minit
RM10- 30 minit
murahkan kan kan kan
Ratu kebaya apa lagi bolehlah lepas pantang nanti berurut di sini.Aku tengah membayangkan ratu kebaya ngan pilis didahi , rambut toncit tegang sedang bergoyang di sini.larikkkk dizaman yang serba canggih ni mak bidan dah semakin pupus nak cari tukang urut plak kemain payah .
Adik tengah memerhatikan akak berurut
Tengoklah tu nak adik cuba nak menyetopkan mesin urut tu.
Apasal muka gula-gula hack semacam je
Gula-gula hack sedang melayan urutan Gintell
adik takut adik ngadu kat akak yang jantung dia berdebar-debar-poyo betullah siadik ni.
Akak sedang mengechek denyutan jantung adik. akak kata semua okey, "jantung adik berdenyut ngan normal."la la laSekadar luahan hati
Mulai sekarang aku nak panggil Firdaus "adik" cam best je.