Friday, July 27, 2012

manusia miskin kaya

Salam Ramadhan

Malam tadi lebih kurang pukul 10 aku duk lepak jap depan komputer , Firdaus pun datang sebelah aku. Dia ni memang pantang nampak aku bukak komputer mulalah nanti dia mengendeng, aku dah masak sangat ngan perangai dia ni.Aku tahulah dia nak apa tapi aku tak layan sangat sebab aku dah banyak kali pesan kat dia yang dia hanya boleh main games waktu hujung minggu je .

Daripada dia duk melangguk kat sebelah aku, baik aku dera dia ambik kuih tepung pelita yang tinggal 3 ketul saki baki juadah berbuka tadi.Boleh gak buat kudap- kudapan . Masa berbuka tu aku tengok dia tak sentuh pun kuih tu tiba-tiba masa aku menyudu kuih tu ke mulut, muka dia macam berminat je ngan kuih tu siap tanya lagi

Firdaus : mak sedap ke kuih tu?

Aku : sedap , semalam firdaus tak makan ke?

Firdaus : tak.

Dia sudu kuih tu sikit masuk ke mulut, belum pun sempat aku habiskan kuih tadi dia dah perhabiskan semua, gamaknya kena ngan selera dia kot ..

kuih tadi dah habis dia pun sambung balik borak ngan aku...

Firdaus : mak ! tadi kat sekolah firdaus ada bagi tabung orang miskin tabung miskin.mak miskin tu apa?

Aku : sapa yang bagi?

Firdaus : cikgu , dia kata tabung orang miskin.semua miskin miskin apa tu miskin

Aku : miskin tu macam kitalah, ibu ngan ayah kena keja, kena cari duit nak beli makanan nak sekolahkan Firdaus, nak beli rumah, nak bawak Firdaus jalan-jalan , nak belikan mainan firdaus, macam-macam lagi.

Firdaus : oo kita miskin ye mak.

"haish budak ni kang aku nyanyi lagu manusia miskin kaya kang baru dia tahu,"aku kata dalam hati.


tinggal 3 ketui je

Scott's emusion


Rutin aku sebelum tidur bagi Firdaus makan scott's emulsion. Kitaorang sekeluarga peminum tegar scott's emulsion ia turun temurun dari arwah mak aku sampailah ke anak cucu. Syukur Alhamdulillah tekak anak-anak aku ni boleh terima scott's emulsion yang original nak diikutkan original yang terbaek. Masa zaman aku kecik -kecik dulu botol scott's emulsion ni botol kaca sekarang ni dah pelastik plak. Akhir kata the moral of the story bagilah anak-anak anda makan scott's emulsion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina