Sunday, January 24, 2010

Mari masak guna Mae pranom



Ari minggu aku masak balance ketam ngan udang ari tu. udang masak tomyam pakai paste mae pranom ada cap halalal punya. aku suka sebab gambar pompuan tu cantik.





mula hangpa tumis bawang bombay dulu sampai naik bau. lepas tu tumis paste mae pronam sekejap.aku tak letak limau purut, habis daun limau purut luruh, tak de musim.khe khe khe



letak sayur yang korang nak letak.kalau sayur keras cepat, letak sikit.








aku masukkan kepala ikan. tak taulah aku kemas peti ais terjumpa plak kepala ikan sesat, entah berapa tahun punya pun aku tak tahu.aku campak dalam tu.slowkan api.




last masukkan udang.jgn masak lama sangat.



jeng jeng tomyam aku dah siap.




part masak ketam plak.tumis bawang bombay ngan halia dipotong besar-besar.




masukkan cili mesin.





masukkan ketam.



masukkan sos cili.perasakan ngan garam ngan gula sikit.lepas tu bolehlah angkat.



Saturday, January 23, 2010

Sental daki yg dah tebal



setelah bertungkus lumus menyimpan duit hasil jualan kuih dan mercun. akhirnya dapatlah aku pegi menyental badan aku yg dah lama tak sental ni. dulu tempat ni nama dia martha tilaar spa kat Alam sentral. alih-alih dah lama aku tak jenguk dah tukar de-wajah beauty spa plak.owner dia sama datin Junaidah, pemilik de-wajah..uci terima kasih kerana menyental badan mak ko ni. pekerja sini semua terlatih from indonesia. membership card percuma .korang datang lagi ada dicount, berapa % aku dah lupa.




intro sebelum menyental daki. rendam kaki dulu. yang lain tak boleh tunjuk, kang aku kena baling loyang plak. korang tengoklah kaki aku yg dugong ni.




nikmatilah permandangan dalam bilik dia. korang akan disajikan ngan muzik yang boleh buat mata korang terlelap.




Firdaus tengah tunggu untuk dilulur .




baju semua sangkut kat almari ni



katil tempat berurut dan lulur.





mandi sauna.




lepas lulur dan berurut terjun dalam kolam ni. mandilah sepuas-puasnya.




firdaus budak pengacau.



akhir sekali bertangas selama 20 minit. terapis aku ari tu namanya uci. dia memang best. tunggu akak simpan duit, nanti akak datang jumpa ko lagi.





Balik Alam sentral, pegi jusco bukit Tinggi, jumpa officemate punya isteri tengah shopping chinese new year. wife dia ngan eldest son.





ni youngest son dia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina