Saturday, November 3, 2012

malam sabtu aku ; nasi lemak RM1.20 area Pandamaran

Semalam lepas  balik keja  kawan ofis ajak aku pegi beli nasi lemak RM1.20 kat area Pandamaran.Aku on je yang bawak kereta dia bukan aku.ha ha ha pertama kali aku merasa nasi lemak RM1.20 ni dua tahun lepas itu pun diperkenalkan oleh suami aku. Huishh makan sebungkus tak cukup alah nama pun nasi lemak RM1.20 lain kalau RM5 opsss . Patutlah suami aku beli  sekali 5 bungkus dia dah bajetlah tu sorang akan makan dua bungkus. Oleh kerana terlampau ramai yang nak membeli nasi lemak RM1.20 ni  tukang jual nasi lemak kena bagi nombor giliran kepada setiap pelanggan.Bukan apa hanya  ditakuti ianya akan menganggu proses jual beli nasi lemak.ha ha ha ha

Selepas hampir setahun aku tak merasa nasi lemak RM1.20 yang sedap lagi ciput .... akhirnya semalam aku terjebak jugak dengan nasi lemak  ni huish tanjat mak  kali ni dia dah ada improvement dulu lain sekarang lain sekarang dah ada lauk pauk (sotong kering sambal , ala-ala sambal, ayam upin-upin dan tengok sendirilah) dulu dia hanya menjual nasi lemak RM1.20 tanpa lauk pauk.Ni dah kira bagus malam tadi tak payahlah aku nak bertungkus lumus memasak bagai.

Respek gila hampir 80% pelanggan dia orang cina. Alah bukan susah sangat nak menangkap atau memikat  citarasa tekak orang cina ni ; senang je dorang mahukan nasi lemak yang cantik dan berderai , sambal plak biar manis sikit lagilah kalau ada sambal sotong kering laju je dorang ni..

okeylah, bagi orang yang tak berapa suka makan pedas.
sambal sutun kering dia sedap cuma manis je sikit, kata nak tarik pelanggan cina.
 aku beli 5 bungkus
Bagi orang yang suka menjaga  diet dah semestinya  nasi lemak ciput cam ni cukup.

Bukan pak penakan aku punya nasi lemak corner.

Nasi Lemak @D'Pandamaran Nasi Lemak Corner
Location : Jalan Young , Pandamaran, Pelabuhan Kelang
for ordering call H/P 012-6960478






SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGATERSAYANG




Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina