Sunday, June 17, 2012

mati kutu patah kaki

Poning kepala aku bila keybord komputer buat hal.Bukannya aku tak boleh guna keybord laptop,boleh je,  cuma aku tak berapa suka tak feel langsung.Haishhh  sambil ketuk keyboard aku suka  berfikir  bagi aku bunyi keyboard komputer menyeronokkan  boleh bagi aku lebih banyak  idea nak update blog. Tepuk  dada tanya selera. Kalau korang nak tahu dalam dunia  ni ada dua barang aku  tak  berapa nak masuk ;
1. Touch screen
2.keybord laptop

terkial-kial jari aku yang gebus nak menaip guna keybord laptop ni. hangin jangan tak hangin.Hari ni  tak boleh bebel panjang nanti aku bertambah hangin.
Inilah cup yang kerap aku sebut dalam blog, aku suka guna cup ni dah terbiasa.
Lempeng kelapa untuk 4 orang makan*tak cukup tambah sendiri*

1)1 1/2 cup kelapa parut
2)3 cup tepung gandum
3)sedikit garam (apalah maknanya kelapa tanpa garam ye dak)
4)air suam
 
 Bancuh adunan tak berapa pekat  tak berapa cair sedang sedang elok  je  mengunakan air suam*abaikan bahasa keparatku*
 
sedikit minyak ngan simpulan daun pandan untuk melengser kuali. 
Panaskan kuali , lengserkan minyak pada kuali (saper yang ada tefal dah cantik sangat)  , abaikan kuali aku yang nampak hazabedah tu, bila kuali dah agak panas tuangkan  sesenduk setengah adunan ke dalam kuali .Lengokkan adunaan mengikut kegegirlan tangan masing-masing.Rajin-rajinlah  balikkan lempeng tu.
Masak  sampai lempeng  mengeluarkan aroma kelapa, kata arwah mak aku bukan kat aku , kalau tak betul cari arwah mak  aku dalam kubur.la la la la 
 
Lempeng kelapa sedap dicicah ngan ikan gelama masam, ikan masin jeruk atau  sebarang sambal. 
Sambal ikan bilis balance sambal nasi lemak hari tu.

Jemput makan kengkawan ; lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis, minuman teh panas.


Sekadar luahan hati

Lagi banyak kita bercakap lagi banyak masalah yang akan timbul. Jangan banyak berkata-kata kelak akan binasa . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina