Saturday, November 24, 2012

candle light dinner di Windmill ; Chinese Dinner vs. Western Dinner

Masa kitaorang sampai kat Jaya Jusco Bukit Tinggi , jarum jam dah menunjukkan pukul 6.30  petang. Masing-masing perut  dah kelaparan. Perut aku ni biar macam mana lapar pun InsyaAllah  masih boleh bertahan sampai dua atau tiga jam tapi tidak pada yuyi dan Firdaus. Bila perut mereka lapar otomatik wajah mereka murung dan maka mulalah  langkah mereka jadi tak tentu arah.*sila percaya*

Semasa  kitaorang berada di sana , kelihatan dua pasangan sedang ber-candle light  dinner . Permandangan macam tu  aku dah biasa tengok yang boleh aku cakap aku respeklah pasangan yang boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli.Okey itu aku tapi macam mana plak dengan Firdaus  yang baru pertama kali dalam hidupnya  melihat permandangan macam tu . Rasa Kelakar pun ada bila aku tengok firdaus teruja melihat dua pasangan yang ber-candle light dinner tu spontan dia suruh  yuyi pasang lilin. Yuyi macam  blur dia terus cakap "dik dorang pasang lilin sebab mata dorang tak nampak."kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut yuyi.Aku minta maaflah kepada pasangan-pasangan yang pernah ber-candle light dinner,   yuyi  tak de niat  nak mempersendakan korang rasanya tu cuma jawapan selamat bagi dia untuk waktu itu : )


sessi  menayang buku menu ke apa ni?
 Adakah saya masih dirindui oleh pembaca blog mak saya?
 sessi membuat memek muka
 Siakak hanya mampu memerhatikan saje perangai mengada-ngada siadik
Ambillah saya sebagai model iklan ubat gigi, saya dah bersedia dari segi fizikal dan mental.... 
Budak  yang suka buat perangai bila akak disisi

Kebelakangan ni Gula-gula hacks jarang muncul  dalam blog aku , sekali muncul hambek kau rambut sebegini... 
 Tengoklah Firdaus tu suka sangat nak menyelit sebelah akaknya.

Sebelum ni kitaorang tak tahu pun yang  di Windmill ni ada menghidangkan chinese dishes apalagi bila yuyi tahu kat sini ada chinese dishes dia pun terus order nasi bersama chinese dishes.Antara chinese dishes yang yuyi order.

Sambal udang sebegini memanglah disukai kaum cina kerana rasanya  tak berapa pedas 
  sayur campur ; di rumah aku jarang masak sayur mungkin anak-anak kurang yang berminat
  Ayam goreng halia ni rasanya lebih kurang sama saje macam ikan goreng halia aku kat sini.
Selepas chinese dishes habis  yuyi order Roast Lamb.Aku tak tahu kat mana lagi yuyi nak sumbat roast lamb ni, akhirnya gula-gula hacks dan aku juge yang menghabiskannya, dah aku agak.
Jarang sangat cerita makan-makan aku di sesebuah restoran  aku akhiri dengan gambar anak-anak dihadapan restoran. Bukannya aku tak gemar cara sebegini cuma aku rasa keadaannya nampak klise sangat.


Sementelaah cuti sekolah masih panjang , hari ni  aku bercadang nak membawa anak-anak aku mandi  sungai .Tetapi selepas mendengar nasihat  suami yang  mengatakan dalam keadaan  cuaca tak menentu sekarang ni  agak tidak berapa baik mandi air bukit maka aku akur keputusan suami.InsyaAllah aku akan cari tempat mandi yang lain . 



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina